Buka Akaun GAP Public Gold

Gold Accumulation Program (Program Akumulasi Emas) 

Program ini dilancarkan oleh Public Gold pada tahun 2013 dan bertujuan untuk memudahkan orang ramai untuk membuat simpanan emas dengan modal serendah RM100 sahaja. Program ini disokong 100% oleh emas fizikal. Pembeli boleh mengeluarkan emas yang telah dikumpulkan di dalam akaun GAP ke dalam bentuk jongkong emas di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh negara.

Sekiranya anda masih tidak faham atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Akaun Simpanan Emas GAP Public Gold, sila ke pautan ini.

Jika anda sudah faham dan berminat untuk membuka Akaun Simpanan Emas GAP Public Gold, sila ikut langkah-langkah seperti di bawah.

Langkah 1: Semak harga 1 gram GAP
Langkah 2: Membuat pembayaran
Langkah 3: Hantar maklumat transaksi
Langkah 4: Terima penyata GAP Public Gold

Langkah 1: Semak harga di laman web Public Gold atau applikasi mobile (iOS/Android) Public Gold

Buka laman web Public Gold atau applikasi mobile Public Gold dan lihat pada ruangan 'Gold Accumulation Program (24K)' bagi mendapatkan harga bagi 1 gram GAP.




Harga GAP ini berubah sekali sehari dan dikemaskini setiap pukul 12 tengah malam.
Dengan menggunakan rujukan gambar di atas:
  1. Sekiranya anda ingin membeli 1 gram, amaun yang perlu dibayar ialah RM177. 
  2. Sekiranya anda ingin membeli dengan amaun minimum sahaja (iaitu RM100), jumlah gram yang ada perolehi adalah 0.5650 gram. 
  3. Anda boleh membeli lebih daripada satu gram GAP (contohnya 10 gram), jadi jumlah amaun adalah RM1770. Contoh lain, beli 4.25 gram GAP (bersamaan berat 1 Dinar), jadi jumlah amaun adalah RM752.25. 
  4. Anda juga boleh membeli sebarang amaun dalam bentuk RM, contohnya RM235. Jadi jumlah gram anda dalam akaun GAP nanti adalah 1.3277 gram.  (dibundarkan kepada 4 titik perpuluhan)


Langkah 2: Membuat pembayaran

Buat pembayaran ke akaun Public Gold seperti di bawah:

Nama Akaun: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD
Nombor Akaun Maybank: 5571-3923-8048
Nombor Akaun Public Bank: 3167-52-0833

Sekiranya anda ingin membuat pembayaran menggunakan bank yang berbeza, sila pastikan anda pilih 'Instant Transfer' supaya pembayaran masuk ke akaun Public Gold Marketing secara 'real-time'.

Simpan transaksi bank tersebut sebagai bukti pembelian. Pastikan ada maklumat seperti amaun, tarikh dan no rujukan transaksi.

Contoh transaksi pindahan wang menggunakan Maybank2U. Sekiranya anda masih belum ada PG Code, gantikan Receipt reference dengan nombor IC anda. 


Langkah 3: Hantar maklumat transaksi

Sila mesej saya melalui Whatsapp (atau Telegram) ke +6013 923 0370 menggunakan template seperti di bawah.

NEW
<nama penuh>
<no MyKad>
<no telefon bimbit>
<alamat email>
<amaun>
<tarikh dan masa transaksi>
Introducer: PG033743 ZAINIZAM BIN ZAKARIA

Pastikan sertakan juga transaksi bank tersebut.
Sila rujuk gambar di bawah sebagai contoh.


Anda juga boleh emailkan maklumat di atas kepada gap@publicgold.com.my dan CC kepada zainizam.zakaria@gmail.com.


Langkah 4: Terima penyata GAP Public Gold

Sekiranya tiada apa-apa masalah, pihak Public Gold akan emailkan kepada anda Purchase Request dalam tempoh 48 jam waktu bekerja. Purchase Request ini mengandungi maklumat transaksi GAP beserta status (Confirm / Rejected) Sila semak inbox anda, dan semak juga spam folder sekiranya mesej email itu tiada dalam inbox.

Contoh Purchase Request


Jika masih tidak dapat email ini daripada pihak Public Gold selepas 48 jam waktu bekerja, sila hubungi saya melalui Whatsapp / telegram / SMS atau email untuk bantuan.

0 comments:

Catat Ulasan