Beli Emas Public Gold Secara Online

Beli Emas Public Gold Secara Online

4 langkah mudah membeli emas Public Gold secara online:

1. Pendaftaran melalui website Public Gold 
2. Membuat pesanan
3. Membuat pembayaran
4. Ambil item emas anda di cawangan Public Gold atau Pos Ar-Rahnu

* (Sekiranya anda telah mempunyai akaun login Public Gold, sila abaikan Langkah 1 dan terus ke Langkah 2)

** (Sekiranya anda pelanggan berdaftar Public Gold tetapi terlupa atau tidak tahu PG code anda, sila email kepada enquiry@publicgold.com.my) 


Langkah 1: Pendaftaran melalui website Public Gold
Buka laman web pendaftaran Public Gold melalui pautan ini


Jika notis seperti ini keluar, sila tekan OK untuk teruskan pembelian. 
Skrin akan dipaparkan untuk proses pendaftaran. Isikan maklumat seperti dikehendaki. 



Pastikan anda tick pada 'I am human' (sebagai keselamatan pendaftaran web) sebelum klik Submit


Langkah 2: Membuat pesanan

Selepas berjaya membuat pendaftaran, sila ke laman ini untuk login. 



Masukkan nombor I/C sebagai 'Username' dan 'Password' sebagaimana anda tetapkan semasa pendaftaran. Untuk makluman, selepas membuat pembelian pertama nanti, sistem akan emailkan username baru yang dipanggil 'PG Code'. Penggunaan I/C sebagai username tak lagi valid, dan untuk login berikutnya, gunakan PG Code. 

Pastikan juga tick 'I am human'. 

Setelah berjaya login, lalukan tetikus pada menu 'Order', dan klik 'Place Order'. 


Sila klik 'I Agree' untuk bersetuju dengan terma dan syarat Public Gold dan teruskan dengan pembelian. 


Seterusnya adalah borang online untuk membuat pesanan. 


Storage service - abaikan sahaja ruangan ini sekiranya ingin ambil item emas pesanan anda sama ada di cawangan Public Gold atau cawangan Pos Ar Rahnu. 


Pilih item (Product Name) yang berkenaan dan isikan kuantiti yang dikehendaki, kemudian klik butang Next yang berada di penjuru bawah kanan. 


Tick 'Myself' bagi pesanan untuk diri sendiri.
 'Payment to Bank Option' – pembayaran boleh dibuat dari mana-mana akaun bank (contohnya bank Islam, Maybank, CIMB), asalkan masuk ke akaun Public Gold (Maybank / Public Bank). 
Klik “Next”. Abaikan ruangan yang lain. 


Semak semula segala maklumat. Pastikan semua maklumat betul sebab kalau berlaku kesilapan, proses pembetulan dengan pihak Public Gold mungkin agak menyulitkan. 

Kalau nak ubah maklumat, klik 'Step 1' atau 'Step 2' pada bahagian atas sekali. Jikalau semua dah OK, seterusnya klik 'Submit Order'. 

Langkah 3: Membuat pembayaran

i) Tunggu Proforma Invoice

Selepas klik 'Submit Order', sistem web Public Gold akan menghantar satu email mengandungi maklumat transaksi Public Gold dan juga dokumen PDF iaitu proforma invoice. (Semak juga dalam spam folder sekiranya tiada email dalam inbox.) 

Contoh Proforma Invoice
ii) Buat pembayaran dan simpan slip pembayaran

Buat bayaran ke akaun Public Gold (Maybank atau Public Bank) dalam masa selewatnya 4 hari. Simpan bank-in slip / online transfer slip / bukti bayaran original untuk diserahkan semasa hendak mengambil emas itu nanti. Public Gold tidak akan membenarkan emas diambil tanpa bukti bayaran original. 

Contoh slip pembayaran menggunakan Maybank2u. 

iii) Email bukti pembayaran kepada payment@publicgold.com.my

Emailkan bukti pembayaran bersama dengan nombor pesanan (Order No.) dan PG Code anda untuk pengesahan pihak Public Gold. Sekiranya pembayaran tidak diterima dalam tempoh yang ditetapkan (10 hari), pesanan akan dibatalkan dan anda dikenakan penalti 5% ataupun nama anda disenaraihitamkan. 

Langkah 4: Ambil emas

Emas yang telah dipesan boleh diambil dalam tempoh 2 bulan dari tarikh pesanan. Sila hubungi cawangan Public Gold atau Pos Ar-Rahnu terlebih dahulu sebelum membuat temujanji bagi mengambil emas tersebut. 

Sila pastikan anda bawa bersama senarai seperti di bawah: 

1) Kad Pengenalan
2) Proforma Invoice
3) Bukti bayaran (slip online / resit bank-in)

0 comments:

Catat Ulasan