01 Februari 2018

Booster Bagi Nilai Hartanah

Image may contain: sky

Untuk memastikan roket berjaya keluar dari orbit bumi, ia memerlukan sesuatu yang dipanggil 'booster' untuk membolehkannya melonjak dengan tenaga yang sepenuhnya.
Begitu juga dengan pelaburan hartanah. Booster membolehkan nilai hartanah melonjak naik, kebanyakkannya melepasi 100% daripada harga asal dalam tempoh kurang daripada 5 tahun.
Antara booster yang dianggap boleh menaikkan nilai hartanah adalah:
  1. Infrastruktur pengangkutan - lebuhraya, stesen LRT, MRT dan jaringan bas yang bersepadu. 
  2. Pusat beli belah - lengkap dengan kemudahan seperti pawagam, hypermarket, restoran makanan bertaraf antarabangsa, parking yang cukup, kemudahan sukan seperti bowling, ice skating, wall climbing dan sebagainya. 
  3. Pendidikan - sekolah antarabangsa, universiti dan kolej. 
  4. Kawasan perindustrian - kilang-kilang bertaraf antarabangsa (multinasional). 
  5. Hospital dan institut kesihatan seperti IJN. 
  6. Kawasan riadah dan taman tema hiburan - Legoland, i-City. 
  7. Permandangan ikonik - KLCC, Taman Tasik Titiwangsa, lapangan golf. 
  8. Tumpuan pelancongan - Bandaraya Melaka, Taiping, Langkawi
  9. Projek Mega yang dilancarkan oleh kerajaan yang bernilai lebih RM1 bilion daripada KDNK. - Putrajaya, Cyberjaya, Greater KL.
  10. Transit Oriented Development (TOD) - gabungan bangunan kediaman residen, kormersil seperti SOHO, SOFO, SOVO, pejabat, gedung perniagaan, dan ia mesti dilengkapi dan dihubungi (laluan berbumbung atau bawah tanah) dengan stesen LRT/MRT, tidak melebihi 800 meter. 

Kebiasaannya agak susah untuk mendapatkan kesemua 10 booster ini dalam satu kawasan. Cukup sekadar mempunyai 3 atau 4 kriteria booster dan pastinya nilai hartanah akan sentiasa meningkat kerana adanya pasaran dan permintaan untuk kawasan tersebut. 



Image may contain: sky and outdoor