01 Februari 2018

Booster Bagi Nilai Hartanah

Image may contain: sky

Untuk memastikan roket berjaya keluar dari orbit bumi, ia memerlukan sesuatu yang dipanggil 'booster' untuk membolehkannya melonjak dengan tenaga yang sepenuhnya.
Begitu juga dengan pelaburan hartanah. Booster membolehkan nilai hartanah melonjak naik, kebanyakkannya melepasi 100% daripada harga asal dalam tempoh kurang daripada 5 tahun.
Antara booster yang dianggap boleh menaikkan nilai hartanah adalah:
  1. Infrastruktur pengangkutan - lebuhraya, stesen LRT, MRT dan jaringan bas yang bersepadu. 
  2. Pusat beli belah - lengkap dengan kemudahan seperti pawagam, hypermarket, restoran makanan bertaraf antarabangsa, parking yang cukup, kemudahan sukan seperti bowling, ice skating, wall climbing dan sebagainya. 
  3. Pendidikan - sekolah antarabangsa, universiti dan kolej. 
  4. Kawasan perindustrian - kilang-kilang bertaraf antarabangsa (multinasional). 
  5. Hospital dan institut kesihatan seperti IJN. 
  6. Kawasan riadah dan taman tema hiburan - Legoland, i-City. 
  7. Permandangan ikonik - KLCC, Taman Tasik Titiwangsa, lapangan golf. 
  8. Tumpuan pelancongan - Bandaraya Melaka, Taiping, Langkawi
  9. Projek Mega yang dilancarkan oleh kerajaan yang bernilai lebih RM1 bilion daripada KDNK. - Putrajaya, Cyberjaya, Greater KL.
  10. Transit Oriented Development (TOD) - gabungan bangunan kediaman residen, kormersil seperti SOHO, SOFO, SOVO, pejabat, gedung perniagaan, dan ia mesti dilengkapi dan dihubungi (laluan berbumbung atau bawah tanah) dengan stesen LRT/MRT, tidak melebihi 800 meter. 

Kebiasaannya agak susah untuk mendapatkan kesemua 10 booster ini dalam satu kawasan. Cukup sekadar mempunyai 3 atau 4 kriteria booster dan pastinya nilai hartanah akan sentiasa meningkat kerana adanya pasaran dan permintaan untuk kawasan tersebut. 



Image may contain: sky and outdoor

31 Januari 2018

Rahsia Kejayaan Kedai Runcit Acheh

Image may contain: 1 person, eating and food

Antara rahsia kejayaan kedai runcit Acheh:

1. Rajin. Buka awal-awal pagi. Lepas solat subuh dah buka. Ada pembeli ke? Ada, terutamanya pelanggan yang baru balik dari surau atau masjid.

2. Lokasi. Mereka buka kedai yang bertempat di kawasan yang padat penduduk, contohnya flat atau perumahan. Orang yang malas keluar jauh-jauh untuk beli barang, mereka membeli di kedai acheh.

3. Networking. Mereka saling bantu membantu antara pekedai acheh yg lain. Terutamanya dari segi agihan stok barang. Kos mungkin boleh dijimatkan. Dikatakan juga persaudaraan sesama orang acheh ni amat kuat. Maklumlah, merantau jauh dari kampung halaman.

4. Membantu. Ada sesetengah tauke kedai acheh memberi kemudahan 'kredit' ala-ala buku tiga lima. Ambil dahulu barang, catat dalam buku, dan ada duit nanti bayar. Ada juga yang bagi sedikit diskaun kepada customer yang betul-betul tergolong dalam golongan susah seperti ibu tunggal dan anak yatim. Maklumlah kebanyakan orang yang tinggal di flat adalah golongan berpendapatan rendah.

Dan fakta yang paling penting, kebanyakan daripada mereka bermula meniaga dengan bermodalkan emas yang dibawa dari kampung halaman. Dengan modal emas itulah ianya dipajak untuk mendapatkan wang tunai bagi membuka kedai dan memulakan perniagaan. Apabila mereka sudah mendapat keuntungan, mereka tebus balik emas tersebut atau pajak semula untuk kembangkan lagi perniagaan. Jadi, mereka tidah perlu meminjam daripada bank atau ah-long.

Kenapa tak bawa rupiah? Rupiah tak laku di sini..

Allah Almighty knows best.