08 September 2017

Salah Faham Tentang Emas


Ada beberapa salah faham yang sebati dalam jiwa masyarakat kerana kurangnya pengetahuan dan pendedahan tentang emas.
Antaranya ialah :
 Emas hanya untuk orang kaya.
 Nak beli emas kena modal besar.
 Emas asalkan emas semuanya sama.
 Emas susah kalau nak cairkan (tukar kepada wang).
 Emas bahaya kalau nak simpan.
 Emas kalau nak jual ada susutnilai.
 Kalau simpan emas kena bayar zakat.
Walhal :
🌟 Emas untuk semua orang tidak kira kaya miskin, tua muda, lelaki perempuan, sekolah atau tak.
🌟 Emas boleh dibeli serendah 0.5 gram.
🌟 Tak semua emas sama. Mesti cari yang memenuhi syarat emas pelaburan, baru terbaik.
🌟 Emas adalah satu-satunya aset berkualiti tinggi yang paling mudah dicairkan. Nak jual boleh, gadai pun boleh.
🌟 Emas tidak sebahaya yang kita sangka untuk disimpan. Ada pelbagai cara yang selamat.
🌟 Jika salah pilih tempat, susutnilai (spread) emas sangat besar sehingga 40%. Ada pembekal emas yang meletakkan nilai spreadnya sangat rendah sekitar 6% ke 9% sahaja.
🌟 Emas simpanan dikenakan zakat sekiranya cukup nilaian dan tempoh, sama juga dengan duit simpanan hasil dari pendapatan atau bisnes. Bagusnya emas, orang terus ingat zakat.
Nak simpan emas? Hubungi saya untuk bermula sekarang.

21 Mei 2017

Emas Sebagai Perhiasan

Disebabkan sifatnya yang cantik dan mudah ditempa serta tidak pudar dan terhakis dengan karat (oxide), emas merupakan salah satu logam yang amat sesuai dijadikan aksesori perhiasan terutamanya bagi kalangan wanita. Emas perhiasan menjadikan pemakainya lebih cantik menawan dan elegan. Itulah sebabnya manusia telah merekacipta perhiasan daripada emas sejak beribu-ribu tahun dahulu. Daya tarikan dan kecantikan semulajadi emas sering melambangkan aura kecantikan, kuasa, dan kemewahan.


Membeli atau memilliki emas sebagai simpanan apatah lagi memakainya sebagai perhiasan adalah tindakan yang tidak pernah salah. Emas adalah sesuatu yang kekal bernilai dan dihargai sepanjang zaman. Perhiasan emas sentiasa menjadi pilihan sejak dahulu sampai sekarang.

Emas perhiasan atau barang kemas tidak mempunyai 100% emas sebenar. Ini kerana, emas tulen agak lembut dan tidak kukuh untuk dibuat barang kemas. Ia juga mudah kemek atau calar. Disebabkan itu, logam lain dicampur semasa pembuatan barang kemas supaya ia lebih tahan lasak dan tidak berubah bentuk, serta mampu memegang atau mengikat perhiasan lain seperti batu permata.

Gred Emas Perhiasan

Istilah "Karat" (dengan K) merujuk kepada kehalusan atau ketulenan emas. Jangan terkeliru dengan Carat, kerana istilah (dengan C) merujuk kepada kualiti batu permata seperti berlian.

Karat dilambangkan sebagai K atau kt dan akan diikuti dengan penilaian ketulenan 10, 12, 14, 18, 22, atau 24. Kebanyakan negara-negara maju, mengkehendaki barang kemas dilabel dengan penarafan karat tersebut.


Semakin tinggi karat itu, lebih tulen emas tersebut. Emas 24K melambangkan 99.9% ketulenan, iaitu yang tertinggi yang anda boleh miliki. Emas 24K warnanya kuning emas cerah dan kecantikan sinarnya adalah jelas.

Emas perhiasan 22K adalah mengandungi 91.6% emas tulen. Baki logam biasanya terdiri daripada tembaga, perak atau logam lain. Emas 22K lebih lazim dikenali sebagai emas 916. Dari mana datangnya nombor 916 itu? Ia merujuk kepada 91.6 ataupun 22 bahagi 24 (22K / 24K).

Jadual di bawah adalah kandungan emas per Karat.


Kebiasaannya, Karat yang sesuai untuk penggunaan barang kemas adalah 14K, 18K dan 22K. Makin kurang nilai Karat, makin rendah harganya kerana kandungan emas yang sedikit. Disebabkan itu juga, kilauan warna emas nampak lebih pudar. Akan tetapi, barang kemas yang berkenaan lebih tahan lasak.

Jadi, 3 kriteria ini yang perlu difikirkan apabila membeli emas perhiasan.

Kriteria: 14K | 18K | 22K

Warna: Pudar > Terang
Ketahanan: Keras > Lembut
Harga: Murah > Mahal


Waktu Sesuai Untuk Membeli Barang Kemas? 

Di antara waktu-waktu lazim belian barang kemas adalah seperti berikut:

  • Ulang tahun kelahiran atau hadiah kelahiran anak
  • Ulang tahun perkahwinan 
  • Resepsi, pertunangan, pernikahan atau persandingan 
  • Graduasi 
  • Tanda terima kasih, kenangan atau penghargaan 
  • Hari perayaan 
  • Hari Ibu

Emas perhiasan boleh menjadi hadiah yang sesuai kerana ia boleh diturunkan dari generasi ke generasi. Ingat, emas kekal selamanya. Ia tiada tarikh luput, tidak rosak, cair atau terhakis. Ia masih akan menjadi cantik apabila generasi anda yang seterusnya memakainya.

Selain itu, emas perhiasanya boleh dipajakkan sekiranya anda memerlukan wang untuk urusan kecemasan. Barang kemas lain seperti perak atau berlian sangat sukar untuk dipajakkan.




08 Januari 2017

Kelebihan Menjadi Dealer Public Gold


Sebenarnya ada cara di mana anda boleh mendapatkan keuntungan daripada transaksi jual beli emas, tidak kira samada harga emas dalam keadaan menaik atau menurun, iaitu dengan menjadi Dealer Public Gold. Kelebihan ini tidak akan ada sekiranya anda hanya menjadi pelanggan dan penyimpan emas Public Gold.

Kelebihan Dealer Public Gold

1. Rebat (diskaun) bagi setiap pembelian dari Public Gold

Public Gold akan mengira jumlah belian anda sepanjang bulan dan akan masukkan nilai diskaun belian ke dalam akaun bank anda pada 20 haribulan bulan berikutnya. Diskaun ini bergantung kepada tahap Dealership.

Normal Dealer = 1%
Priority Dealer = 1.5%
Master Dealer = 2%

Contohnya, katakan nilai pembelian anda  sebagai Normal Dealer sepanjang bulan Januari adalah sebanyak RM20,000 maka diskaun 1% (RM200) akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda (yang didaftarkan dengan Public Gold) pada 20 haribulan Februari.


2. Rebat (diskaun) bagi setiap jualan balik ke Public Gold

Dealer Public Gold akan mendapat rebat sebanyak 0.3% setiap kali mereka menjual balik emas kepada Public Gold. Seperti rebat pembelian, amaun akan dimasukkan pada setiap 20 haribulan berikutnya.

Contohnya, anda telah menjual balik emas 100 gram pada harga RM16,567.00. Public Gold akan memberikan rebat berjumlah 0.3% daripada nilai jualan anda iaitu RM16,567.00 iaitu RM49.70.

Semua tahap Dealership, nilai rebat adalah 0.3%.


3. Komisyen (royalti) atas setiap pelanggan baru Public Gold (Menjadi introducer)

Setiap kali Dealer memperkenalkan pelanggan baru kepada Public Gold, maka Dealer akan mendapat komisyen (% bergantung kepada tahap Dealership seperti no (1)) daripada nilai pembelian pertama pelanggan baru tersebut.

Setiap kali pelanggan tersebut membuat belian kedua dan seterusnya, maka Dealer yang memperkenalkan pelanggan tersebut tetap akan mendapat komisyen.

Sejujurnya, ia seakan bayaran royalti kerana selagi mana pelanggan tersebut membuat pembelian di Public Gold, Dealer akan tetap mendapat bayaran setiap 20 haribulan berikutnya.

Dealer tidak perlu pun untuk menjual emas kepada pelanggan itu. Dan pelanggan tersebut boleh membuat pembelian sendiri secara terus dengan Public Gold tanpa/atau dengan pengetahuan Dealer.

Ini boleh dianggap sebagai pendapatan pasif.

Contoh: Andaikan anda mempunyai 500 orang pelanggan dan mereka membeli emas/perak dengan jumlah RM100,000 pada bulan ini.

Jika anda Priority Dealer, maka anda akan mendapat komisyen 1.5% (RM1500) pada bulan depan.


4. Komisyen (royalti) 'overriding' atas setiap pelanggan yang menjadi Dealer

Jika pelanggan di bawah introducer anda menjadi Dealer, anda layak untuk mendapat komisyen overriding mengikut tahap Dealership anda. Contohnya, sekiranya pelanggan anda (Encik A) membuat pembelian emas sebanyak RM30,000 (syarat biasa pembelian yang melayakkan status Normal Dealer), maka anda sebagai introducer, akan mendapat RM450 (jika anda adalah Priority Dealer).

Apabila Encik A membuat pembelian kedua dan seterusnya, Public Gold akan membayar kepada anda perbezaan tahap komisyen anda dengan Encik A. Jadi, dalam kes ini, anda hanya akan mendapat 0.5% (1.5% - 1%) daripada setiap pembelian Encik A.


5. Beli emas daripada pelanggan dengan harga belian (PG Buy)

Sebagai Dealer Sah Public Gold, anda adalah wakil rasmi syarikat Public Gold, dan juga boleh dianggap sebagai duta syarikat.

Antara kelebihan besar menjadi wakil Public Gold adalah anda boleh beli balik emas pelanggan pada harga PG Buy.

Sekiranya ada pelanggan lain yang ingin membeli emas tersebut, anda boleh menjual dengan harga PG Sell.


Contoh: Anda boleh membeli emas 10 gram daripada pelanggan anda dengan harga RM1661. Sekiranya ada pelanggan lain yang ingin membeli emas 10 gram tersebut, anda boleh menjualkannya dengan harga RM1825. Dalam masa yang singkat anda telah untung RM164!


Cara Untuk Menjadi Dealer Sah Public Gold

Antara syarat-syarat untuk menjadi Dealer Sah Public Gold adalah:

  1. Anda perlu membuat pembelian emas (atau perak) fizikal sebanyak RM30,000 (bagi Normal Dealer) atau RM200,000 (bagi Priority Dealer) di dalam satu resit.
    Untuk menjadi Master Dealer, anda haruslah menjadi sama ada Normal atau Priority Dealer terlebih dahulu, dan perlu perkenalkan sebanyak 500 pelanggan baru dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh Public Gold.
  2. Anda boleh juga membuat pembelian secara terkumpul sebanyak RM50,000 (Normal Dealer) atau RM300,000 (Priority Dealer) dan pengumpulan belian itu mesti dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh Public Gold.
  3. Anda boleh menyertai apa-apa promosi bulanan yang ditawarkan oleh Public Gold (contohnya belian 50 gram menerusi Akaun GAP dan layak menjadi Normal Dealer).
  4. Ataupun anda boleh hubungi saya (Tel / SMS / Whatsapp / Telegram 013-923 0370) untuk mendapatkan maklumat terkini untuk promosi Dealership. Kadangkala, promosi khas Dealership boleh ditawarkan oleh Public Gold dengan kadar yang lebih rendah berbanding yang telah disebutkan di atas. Promosi khas ini biasanya ditawarkan semasa aturcara khas, contohnya seperti Seminar Mega, Ulangtahun Syarikat, dan sebagainya. 
Hanya pembelian seterusnya selepas menjadi Dealer barulah komisyen akan diberikan. 

Tiada yuran yang perlu dibayar untuk menjadi Dealer, syaratnya hanya pembelian emas atau perak sahaja. Dengan kata lain, emas yang telah dibeli itu menjadi hak mutlak anda dan anda boleh menjualnya bila-bila masa tanpa menjejaskan status Dealership anda. 

Anda juga tidak perlu mencapai target jualan yang tertentu. Asalkan ada pembelian sekurang-kurangnya 1 gram dalam setahun, maka akaun PG anda masih terus aktif dan anda boleh menikmati faedah-faedah selaku Dealer Public Gold. 





Program Latihan Untuk Dealer Public Gold

Sebagai Dealer yang sah, anda boleh menghadiri beberapa program latihan yang disediakan oleh pihak Public Gold. Program latihan ini bertujuan memberikan pendedahan tentang bagaimana membangunkan dan mengembangkan bisnes Public Gold anda dengan cara yang betul.

Antara program yang disediakan:

  1. Sales Incentive Program (SIP) *
  2. JutawanEmas Leadership Training (JLT) *
  3. PG 1System weekly meeting
  4. Seminar emas percuma di setiap cawangan Public Gold
Sila rujuk dengan cawangan Public Gold yang berhampiran atau layari laman rasmi Public Gold untuk maklumat lanjut dan jadual program. 

* Program berbayar


Kesimpulan


Ini adalah satu peluang yang sangat baik bagi anda memiliki perniagaan emas sendiri, tanpa mempunyai premis kedai emas dan tanpa perlu memegang stok emas atau perak yang banyak. 

Jika anda mempunyai modal dan juga keinginan untuk mencari perniagaan yang menguntungkan, maka menjadi Dealer Sah Public Gold merupakan pilihan yang baik. Bukan sekadar menikmati keuntungan, namun ini adalah peluang bagi anda untuk berkongsi ilmu berkenaan kepentingan emas dengan masyarakat di luar sana. Masih ramai lagi yang terpedaya dengan skim cepat kaya yang bertopengkan emas. hartanah, umrah dan sebagainya. 

Anda untung, mereka pun untung. Win-win situation! 

Wallahu'alam.