14 November 2016

Jangan Beli Emas


Jangan beli emas dengan saya!

Ya, benar. Jangan beli emas fizikal dengan saya atau mana-mana Dealer Public Gold, atau mana-mana jenama emas fizikal (seperti Kijang Emas, Dinar Kelantan Gold Trade, jongkong emas Bank) jika anda adalah daripada golongan orang yang berikut:

1. Tiada simpanan langsung, atau tidak mampu untuk menyimpan setiap bulan.
2. Tiada simpanan kecemasan sekurang-kurangnya 3 kali ganda daripada jumlah pendapatan bulanan atau kos sara hidup bulanan.
3. Masih ada hutang negatif (bad debt) yang banyak.
4. Beli emas dengan duit pinjaman bank atau along.
5. Tak tahu apa perlu dibuat dengan emas yang bakal dibeli.
6. Tak buat perbandingan harga dan kriteria-kriteria tertentu semasa hendak memilih emas mana yang sesuai dibeli.
7. Tak beritahu pasangan atau ahli keluarga terdekat yang boleh dipercayai.
8. Menanti-nanti harga emas turun atau mahu tunggu harga diskaun ketika hendak membeli.
9. Mengharapkan harga emas sentiasa naik berterusan selepas pembelian.
10. Mengharapkan dividen atau bonus daripada pembelian emas.
11. Tidak arif akan hukum hakam asas jual beli emas (untuk Muslim).
12. Tidak arif akan perihal zakat emas (untuk Muslim).
13. Ingin jual segera selepas membeli emas.
14. Tak tahu di mana hendak simpan emas dengan selamat.
15. Tak faham kenapa perlu beli dan simpan emas.

Wallahua'lam.

0 comments:

Catat Ulasan