26 November 2016

Kriteria Pemilihan Emas Fizikal

Pastikan anda telah menilai kriteria-kriteria ini sebelum anda mahu membeli emas fizikal untuk pelaburan:

  1. Harga per gram rendah dan dikecualikan GST. 
  2. Premium (kos tambahan) yang rendah. 
  3. Spread (beza harga jualan dan harga belian) kecil. 
  4. Stok boleh dibeli atau dijual balik tanpa had.
  5. Cawangan jual beli atau dealer yang sah banyak. 
  6. Jaminan beli balik (terutamanya dari cawangan) walaupun rosak, calar, bengkok atau/dan kemek (asalkan berat sama), resit hilang, dan sebagainya. 
  7. Diterima meluas oleh Ar-Rahnu. (pajak gadaian Islam)
  8. Harga dikemaskini sekerap mungkin (contohnya setiap 20 minit) mengikut harga pasaran dunia. 
  9. Sistem booking dan lock harga jual beli secara online, dan sistem online (sama ada website atau mobile app) beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu termasuk cuti umum. 
  10. Keupayaan syarikat beli balik emas dengan jumlah besar. 
  11. Emas disertakan dengan sijil ketulenan oleh assayer bebas. 
  12. Tiada yuran keahlian untuk menjadi pembeli, pelanggan atau ejen syarikat. 
  13. Syarikat yang mempunyai reputasi tinggi dan terkenal. 

Selamat membuat pelaburan emas, dan pilihlah produk yang terbaik untuk memaksimakan keuntungan anda! 


14 November 2016

Jangan Beli Emas


Jangan beli emas dengan saya!

Ya, benar. Jangan beli emas fizikal dengan saya atau mana-mana Dealer Public Gold, atau mana-mana jenama emas fizikal (seperti Kijang Emas, Dinar Kelantan Gold Trade, jongkong emas Bank) jika anda adalah daripada golongan orang yang berikut:

1. Tiada simpanan langsung, atau tidak mampu untuk menyimpan setiap bulan.
2. Tiada simpanan kecemasan sekurang-kurangnya 3 kali ganda daripada jumlah pendapatan bulanan atau kos sara hidup bulanan.
3. Masih ada hutang negatif (bad debt) yang banyak.
4. Beli emas dengan duit pinjaman bank atau along.
5. Tak tahu apa perlu dibuat dengan emas yang bakal dibeli.
6. Tak buat perbandingan harga dan kriteria-kriteria tertentu semasa hendak memilih emas mana yang sesuai dibeli.
7. Tak beritahu pasangan atau ahli keluarga terdekat yang boleh dipercayai.
8. Menanti-nanti harga emas turun atau mahu tunggu harga diskaun ketika hendak membeli.
9. Mengharapkan harga emas sentiasa naik berterusan selepas pembelian.
10. Mengharapkan dividen atau bonus daripada pembelian emas.
11. Tidak arif akan hukum hakam asas jual beli emas (untuk Muslim).
12. Tidak arif akan perihal zakat emas (untuk Muslim).
13. Ingin jual segera selepas membeli emas.
14. Tak tahu di mana hendak simpan emas dengan selamat.
15. Tak faham kenapa perlu beli dan simpan emas.

Wallahua'lam.