08 Oktober 2016

Beli dan Kumpul


Ini adalah jongkong emas 50 gram dan jongkong perak 250 gram keluaran Public Gold.

Kalau diikutkan harga sekarang, harganya ialah sekitar RM9000++ (untuk jongkong emas) dan RM700++ (jongkong perak).

Wang tunai yang banyak diperlukan jika kita hendak beli secara terus. Silap-silap tak sempat capai target simpanan, duit tu terguna untuk membeli barang lain. Lebih teruk lagi jikalau pembelian itu untuk kepuasan nafsu semata-mata, bukan keperluan yang mustahak.

Tapi dengan teknik beli dan kumpul beberapa gram sebulan secara konsisten, kita boleh beli goldbar dan silverbar seperti gambar ini dan tak perlu risau tentang duit terbelanja ke tempat lain.

Ini adalah pengalaman saya sendiri, saya memerlukan hampir 2 tahun untuk mendapatkan jongkong emas 50 gram dan 4 bulan untuk dapatkan jongkong perak 250 gram.

Dengan menggunakan kaedah beli dan kumpul, saya berjaya mencapai matlamat untuk mendapatkan jongkong emas dan perak seperti yang dihajati. Kaedah ini boleh dipraktikkan menggunakan akaun emas GAP Public Gold seperti yang telah saya perincikan dalam pautan ini.


0 comments:

Catat Ulasan