05 April 2016

Kelebihan Simpanan Emas

Antara kelebihan melabur atau menyimpan emas:
  1. Pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur. 
  2. Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku di mana sahaja pada bila-bila masa.
  3. Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa. Tak perlu peguam, saksi dsb.. 
  4. Selagi proses jual beli melalui akad yang sah, ia adalah halal. Tak perlu cop mohor Jakim. 
  5. Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan baik-baik (simpan sendiri atau sewa safebox) dan tunggu.
  6. Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh.
  7. Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi. (rujuk kisah kambing dan 1 dinar)
  8. Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga. 
  9. Aset yang nyata. Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar.
  10. Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di Ar-Rahnu.
  11. Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna yang menarik. Susah nak cari orang yang tidak terpesona dengan emas!
  12. Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang Islam. 
  13. Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan.
  14. Boleh diberi sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak, ibubapa, sahabat, pekerja dll bagi menghargai mereka.
  15. Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual.
  16. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrap. Bermakna, orang bankrap masih boleh jual beli dan simpan emas! 
  17. Aset backup dalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya. (High Quality Liquid Asset - HQLA). 
  18. Hutang kerajaan US berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession di seluruh dunia, disebabkan itu banyak negara (terutamanya China) mula membeli dan menyimpan emas.
  19. Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru. Emas hanya boleh dilombong. Mana mungkin emas boleh terhasil melalui proses kimia di makmal! 
  20. Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup. Mesin ATM? Erm.. Ambil iktibar apa yang berlaku di Greece. 
  21. Emas boleh dijadikan sebagai hantaran atau mas kahwin. 
  22. Emas adalah mata wang yang sebenar. Rujuklah Quran dan Hadith.

* Info di atas diadaptasi daripada laman web HargaEmas.com.my
Wallahu'alam.

0 comments:

Catat Ulasan