03 April 2016

Emas Sebagai Dana Pendidikan

Pendidikan anak-anak merupakan salah satu daripada senarai yang ada dalam fikiran ibubapa. Pening dan kusut memikirkan masa depan pendidikan anak-anak, kerana kos pendidikan juga, seperti barang-barang keperluan yang lain, meningkat dari satu tahun ke tahun berikutnya.

Sepertimana yang kita tahu, perbelanjaan pendidikan anak, terutamanya untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi (sijil professional, diploma atau ijazah) adalah besar nilainya. Tidak semua pelajar yang cemerlang semasa persekolahan menengah (SPM) akan memperoleh pembiayaan penuh berbentuk biasiswa, ataupun pinjaman pendidikan. Dengan faktor keadaan ekonomi yang tidak menentu, sudah pastinya peluang sebegini amat terhad sekali!

Ibubapa yang bijaksana sudah tentunya mempunyai perancangan untuk masa depan pendidikan anak-anak. Perancangan untuk simpanan itu dibuat untuk tempoh masa yang panjang, hampir kepada 20 tahun (andaian jika pelan simpanan dibuat pada masa anak baru berusia 1 tahun). Kebiasaannya, ibubapa akan membuat simpanan dalam bentuk wang tunai dan simpanan itu dibuat di:

  • Akaun simpanan (contohnya Al-Wadiah)
  • Akaun deposit tetap (fixed deposit account)
  • Akaun pelaburan (investment account)
  • Amanah saham (contohnya unit amanah di bawah Permodalan Nasional Berhad seperti Amanah Saham Bumiputera)
  • Tabung Haji
  • Sijil Simpanan Pendidkan Nasional (SSPN)
  • Unit Amanah (contohnya Public Mutual)
  • Insurans pendidikan
  • Simpanan sendiri, sama ada di rumah, (dalam almari, bawah tilam), atau di peti simpanan sekuriti (safe deposit box) di bank atau syarikat swasta 
Kesemua yang disenaraikan di atas adalah simpanan berbentuk wang tunai dalam Ringgit Malaysia. Apa yang kita tidak sedari, dalam tempoh masa yang panjang itu, nilai wang tunai tersebut dimamah oleh inflasi, sebagaimana sebatang kayu dimamah oleh anai-anai! 

Ambil contoh ini. Secawan kopi pada era 60-an hanya berharga 10 sen (merujuk kepada petikan dari filem Seniman Bujang Lapok). Cuba bandingkan dengan harga secawan kopi pada masa sekarang? 

Gambar: Petikan dari filem Seniman Bujang Lapok. Secawan kopi hanya berharga 10 sen pada masa itu!

Gambar: Harga makanan dan minuman di Kopitiam Kita, agak popular di negeri Kelantan. 

Harga pada tahun 1960: RM0.10 
Harga pada tahun 2015: RM1.30
Beza harga sepanjang 55 tahun: RM1.20

Jadi, kuasa beli semakin rendah, dan lebih wang diperlukan untuk mendapatkan barangan tersebut. Begitu juga dengan simpanan wang tunai. RM10,000 yang anda simpan sekarang tidak akan sama nilaiannya nanti pada 20 tahun yang akan datang.

Gambar: Resit bayaran yuran sekolah pada tahun 1979. Bandingkanlah dengan sekarang!


Gambar: Laporan kadar inflasi bagi tahun 2015
Penyusutan nilaian wang tunai bukan sahaja disebakan kesan inflasi, malah ia juga disebabkan oleh kejatuhan mata wang Ringgit Malaysia itu sendiri!

Gambar: Carta Ringgit Malaysia berbanding US Dollar. Pada 5 tahun dahulu 1 Dollar US boleh ditukar kepada RM3, sekarang ditukar kepada RM4. 
Gambar: Prestasi matawang dunia sehingga suku ketiga 2015. Perhatikan bahawa nilai MYR telah jatuh 14%. Sumber: Forexlive 

Jadi, emas berfungsi sebagai alternatif kepada simpanan dalam bentuk matawang. Simpanan atau pelaburan emas dalam jangka masa panjang adalah berbaloi kerana ia:

  1. Dapat bertahan daripada kesusutan nilai matawang dan inflasi. 
  2. Mudah dicairkan (mudah diurusniaga) berbanding hartanah. 
  3. Tidak perlu pihak ketiga dalam urusan jual beli. Kalau pelaburan hartanah, memerlukan proses yang panjang dan perlu melibatkan peguam. 
  4. Mudah diwariskan atau dihadiahkan kepada anak-anak tanpa campurtangan pihak ketiga seperti mahkamah. 


Gambar: Carta harga emas dari tahun 2006 - 2016. Secara purata kenaikan harga emas ialah antara 15-20% setahun. 

Pada masa sekarang, anggaran sebanyak RM40,000 perlu untuk perbelanjaan 5 tahun di universiti bagi kursus ijazah sarjana muda. Harga ini adalah hampir sama dengan harga 250 gram emas pada tarikh artikel ini ditulis. Jadi, jika kita memulakan pelan simpanan bagi anak yang baru lahir, kalau kita simpan 1 gram emas sebulan untuk anak bermula dari hari kelahirannya, maka ia akan ambil masa 18 – 20 tahun untuk cukupkan emas sebanyak itu.

Andaikan bahawa kadar inflasi ialah 4% setahun, jadi nilai RM40,000 sekarang menjadi RM68,000 pada 18 tahun yang akan datang. Jadi, ibubapa perlu menyimpan lebih kurang RM315 sebulan untuk dana pendidikan anak-anak. Jika kita tukar strategi simpanan wang kepada menyimpan dalam bentuk gram emas, 1 gram harga sekarang lebih kurang RM170 hingga RM180. Selepas 18 tahun, ibubapa akan ada 216 gram emas, jika harga segram emas pada masa itu ialah RM500 segram (andaian bahawa kadar kenaikan emas seperti graf di atas), maka nilaian emas tersebut hampir RM100,000, sudah lebih dari cukup untuk menampung keperluan anak-anak di universiti.

Jadi, jika anda para pembaca sudah faham tentang artikel mengenai dana pendidikan ini, ayuh mulakan simpanan emas sekarang!

0 comments:

Catat Ulasan