22 Mac 2016

Emas Berstatus LBMA

Cukai Barang dan Perkhidmatan (atau lebih dikenali sebagai GST) memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat Malaysia, termasuklah kepada peniaga dan pelabur emas. Tambahan kos 6% untuk pemilikan sesebuah produk pelaburan emas (samada jongkong atau syiling) memberi kesan besar kepada pelaburan.

Akan tetapi, Kerajaan Malaysia masih lagi prihatin dengan kehendak dan keperluan pelaburan emas di Malaysia. Pada 13 Oktober 2014, secara rasminya kerajaan keluarkan senarai barangan yang dikecualikan GST, termasuklah emas pelaburan.

Secara ringkasnya pengecualian GST terhadap logam berharga untuk pelaburan (ataupun Investment Precious Metal - IPM) adalah seperti berikut (kita ambil IPM emas untuk artikel ini walaupun IPM sebenarnya turut merangkumi perak, platinum, dan paladium):
  1. Emas yang:
    (a) Dalam bentuk jongkong atau wafer.
    (b) Berketulenan sekurang-kurangnya 99.5%.
    (c) Bercirikan pelaburan dan untuk tujuan pelaburan sahaja (bukan untuk dileburkan menjadi barang kemas atau sebarang bentuk lain). 
  2. Mana-mana syiling emas yang berikut yang atau telah sah diperlakukan di negara asalnya, dan mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99.5%:
    (a) Syiling America Buffalo
    (b) Syiling Australia Kangaroo Nugget
    (c) Syiling Australia Lunar
    (d) Syiling Austria Philharmoniker
    (e) Syiling Canada Maple Leaf
    (f) Syiling China Panda
    (g) Syiling Malaysia Kijang Emas
    (h) Syiling Mexico Libertad 
    (i) Syiling Singapore Lion
    (j) Syiling United Kingdom Britannia
    Kesemua jenis syiling seperti di atas tidak termasuk suatu proof coin, syiling numismatik atau suatu syiling pengumpul (collectible item). 
  3. Mana-mana emas mempunyai ciri pelaburan jika:
    (a) Ia telah ditapis oleh seorang penapis yang atau telah berada dalam senarai "Good Delivery" bagi London Bullion Market Association dalam hal emas.
    (b) Ia mempunyai satu tanda ada ciri yang diterima sebagai suatu standard antarabangsa yang menjamin kualitinya; dan
    (c) Ia didagangkan pada suatu harga berdasarkan harga tetap emas, di pasaran bulion antarabangsa. 
Syiling Kijang Emas
    Syiling America Buffalo
    Untuk melihat Warta Kerajaan berkenaan pengecualian GST dengan lebih terperinci, sila muat turun dari link ini: www.treasury.gov.my/pdf/gst/gst_kecuali.pdf

    Emas keluaran Public Gold telah mendapat pengiktirafan LBMA dan dikecualikan GST. Emas Public Gold dibekalkan oleh Nadir Metal Rafineri, salah satu daripada penapis yang dalam senarai LBMA sejak tahun 2011. Ini membolehkan emas keluaran Public Gold mendapat pengiktirafan seluruh dunia. 

    Gambar: Nadir Metal Rafineri mendapat pensijilan daripada LMBA
    Gambar: Emas Public Gold yang berstatus LBMA yang dibekalkan oleh Nadir Metal Rafineri 

    Kelebihan Emas Berstatus LBMA
    1. Dikecualikan GST 6% bagi setiap transaksi jual beli. 
    2. Diiktiraf antarabangsa. 
    3. Cantik (disebabkan ketulenan emas yang tinggi dan kualiti pembungkusan yang ada piawaian)
    Kekurangan Emas Berstatus LBMA
    1. Emas berlamina secara kekal, dan bersalut dengan sijil ketulenan. Susut nilai (spread) tambahan dikenakan jika pastik lamina dikoyak atau emas dikeluarkan daripada packaging
    2. Kebanyakan Ar-Rahnu mensyaratkan emas perlu diuji ketulenannya oleh pihak berkenaan, maka emas perlu dikeluarkan daripada packaging. Sebagai alternatif, carilah Ar-Rahnu yang menerima emas berstatus LBMA tanpa membuka bungkusan emas yang berlamina kekal. (Contoh: Ar-Rahnu Pos Malaysia). 
    3. Premium emas tinggi sedikit kerana emas tersebut dibekalkan dari luar negara. (Sehingga artikel ini ditulis, tiada satu syarikat pengeluar dan penapis emas dari Malaysia yang tersenarai dalam LBMA.) 
    4. Susut nilai emas tinggi sedikit berbanding emas tanpa status LBMA. (beza susut nilai antara 0.5% - 1%)
    Adalah disyorkan semua pembeli produk emas pelaburan jenama yang bukan LBMA, bertukarlah kepada syarikat emas yang ada produk LBMA sendiri mulai sekarang! Ini kerana, syarikat yang menjual emas pelaburan bukan LBMA akan menghadapi masalah. Jualan mereka akan jatuh mendadak kerana kehabisan stok (yang dibeli sebelum penguatkuasaan GST). 

    Mulai Februari 2016, Jabatan Kastam mula menahan masuk emas-emas yang diimport dari luar negara. Pengimport dikenakan GST, bahkan ada emas yang terpaksa dipulangkan semula kepada pembekal dari luar negara. Sila ambil perhatian, emas LBMA juga mungkin boleh dikenakan GST jika tujuan pengimportan dan pembekalan emas tersebut adalah untuk tujuan bukan pelaburan (contohnya untuk industri elektonik atau barang kemas). 
    Kredit gambar: HargaEmas Trading (http://www.hargaemas.my/)
    Gambar: Screenshot Facebook Harga Emas Malaysia - pengumuman berkenaan GST ke atas produk emas

    Buat masa ini, pilihan yang ada cuma emas Public Gold, atau emas jenama antarabangsa yang lain seperti Pamp Suisse, Canadian Maple Leaf, Perth Mint, Valcambi, dan sebagainya. 

    Gambar: Public Gold LBMA 50 gram
    Gambar: Valcambi 10 gram
    Gambar: PAMP Suisse Lady Fortuna 100 gram
    Gambar: Perth Mint 10 gram


    Kredit Info: 

    0 comments:

    Catat Ulasan