15 Februari 2016

Spread Emas

Apakah itu spread emas (atau juga dikenali sebagai susut nilai emas)?

Setiap aset mempunyai susut nilai yang tersendiri. Ini termasuk juga bagi kategori pelaburan logam berharga seperti emas, perak dan platinum. Disebabkan spread emas antara yang paling rendah di kalangan logam berharga, ia sering digunakan untuk tujuan pelaburan jangka sederhana dan panjang.

Cara untuk mengira spread bagi emas (sama ada dalam jongkong, dinar atau barang kemas) adalah seperti berikut:

Lihat gambar seperti di bawah sebagai contoh. Pengiraan spread jongkong emas Public Gold LBMA 10 gram adalah seperti berikut

((1523 - 1401) / 1523 ) * 100 = 8% (setelah digenapkan)


Kredit gambar: Mohd Zulkifli

Ini bermakna, semakin kecil nilai spread, semakin mudah untuk mendapat keuntungan dalam pelaburan emas. Ini sangat digemari bagi kalangan pelabur emas.

Kita analisa situasi seperti gambar di bawah. Katakan Encik X membeli 1 keping jongkong emas 250 gram pada 16 Disember 2015 dengan harga RM38,526 (bulatan berwarna biru). Pada 6 Februari 2016, harga emas telah naik sebanyak 8%. Harga belian Public Gold bagi jongkong 250 gram adalah RM39,793 (bulatan berwarna hijau). Jadi, Encik X telah untung sebanyak 3% kerana spread bagi jongkong 250 gram hanya 5%.

Katakan Encik Y pula membeli 1 keping jongkong emas 10 gram pada 16 Disember 2015 dengan harga RM1,579 (bulatan berwarna kuning). Pada 6 Februari 2016, harga belian Public Gold bagi jongkong emas 10 gram adalah (secara kebetulannya!) RM1,579. Jadi, Encik Y masih belum untung kerana spread jongkong emas 10 gram ialah 8%.

Gambar: Perbandingan harga jualan dan belian Public Gold pada 16 Disember 2015 (kiri) dan 6 Februari 2016 (kanan). 

Sebagai pelabur emas yang bijak, kita hendaklah memilih produk emas yang mempunyai spread yang paling kecil untuk lebih cepat mendapat keuntungan daripada pelaburan emas. Untuk tujuan pelaburan, carilah produk emas yang mempunyai spread sekurang-kurangnya 10% ke bawah.

Diingatkan juga, spread boleh menjadi lebih tinggi daripada yang sepatutnya. Ini disebabkan oleh situasi seperti berikut:
  1. Membuka plastik kekal (plastic seal) dalam bungkusan emas (terutama yang berstatus LBMA): Kebanyakan produk emas yang berstatus pelaburan diletakkan dalam bungkusan plastik kekal beserta sijil ketulenan (certificate). Emas yang begini sangat cerewet, jika bungkusan plastik dibuka, spread akan dikenakan sehingga 25% dan ia dianggap seperti emas terpakai (used gold). Malah ada bank atau syarikat yang terus tidak terima emas tersebut dan ini amatlah merugikan!
  2. Kecacatan fizikal pada emas: Sesetengah bank atau syarikat menerima emas yang sudah ada kecacatan fizikal seperti calar, bengkok, sumbing, retak, pecah, atau apa sahaja yang seumpamanya. Akan tetapi, penambahan spread dikenakan. Ada juga yang terus tidak terima emas tersebut seperti situasi nombor 1. 
  3. Sijil ketulenan hilang: Kebiasaannya ini terjadi bagi pakej bungkusan emas jenis loose packaging (tidak berlamina secara kekal). Seperti situasi nombor 1 dan 2, ada syarikat atau bank mengenakan spread tambahan. 
  4. Resit pembelian hilang: Kebiasaannya terjadi apabila membuat pembelian produk emas di kedai emas seperti Poh Kong atau Wah Chan. Jikalau resit asal hilang, spread tambahan dikenakan. 
Gambar: jongkong emas yang telah dibuka sarung plastik dan terdapat kesan kecacatan akibat terjatuh. Kredit gambar: Syukor Hashim



0 comments:

Catat Ulasan