21 Februari 2016

Premium Atas Harga Spot Emas

Jongkong emas dan dinar biasanya dijual mengikut pergerakan harga semasa dunia. Harga emas semasa dunia juga dikenali sebagai harga spot emas(saya masih mencari perkataan bahasa melayu paling sesuai untuk perkataan ini). Harga spot emas ini menjadi harga rujukan ataupun baseline bagi kebanyakan penjual emas.
Gambar : Jongkong emas 50 gram Public Gold edisi lama (non LBMA). Sumber: Google Image

Namun begitu, hampir semua syarikat penjual emas menjual produk emas mereka di atas harga spot emas ini. Kenapa? Ini disebabkan mereka akan menambah kos-kos yang mereka tanggung untuk menghasilkan produk akhir (end product) emas fizikal, antaranya ialah:

  1. Kos pengangkutan
  2. Kos pekerja dan sewa ruang pejabat
  3. Kos simpanan emas
  4. Insurans
  5. Cukai
  6. Kos percetakan dan penempaan emas (minting)
Perbezaan antara harga jualan dan harga spot emas dipanggil sebagai premium atas harga spot. Semakin tinggi nilai premium, semakin tinggi juga harga emas yang dijual oleh sesuatu syarikat. Jadi, untuk memaksimakan keuntungan daripada simpanan atau pelaburan emas, anda haruslah membeli produk emas daripada syarikat yang dijual dengan harga yang paling hampir dengan harga spot emas.

Cara untuk melihat harga spot emas:

Kredit Gambar: Syukor Hashim

  1. Buka laman web yang memaparkan harga spot emas sedunia seperti www.goldprice.org atau www.kitco.com. Saya memilih untuk dapatkan screenshot daripada www.goldprice.org
  2. Lihat pada penjuru kiri (harga emas)
  3. Tukarkan parameter kepada Ringgit Malaysia (MYR) dan Gram (g)
Dalam kes ini, didapati harga spot emas ialah RM152.15. Dari harga ini, kita boleh membandingkannya dengan harga jualan oleh semua penjual emas. 

Contoh pengiraan: 


Lihat gambar di atas. Harga jualan jongkong emas 10 gram ialah RM1,672. Setelah dibahagikan mengikut unit, maka harga per gram ialah RM167.20. Harga ini adalah RM15.05 / g lebih tinggi dari harga spot emas (RM167.20 – RM152.15). Formula premium atas harga spot emas dalam % adalah seperti berikut:


Jadi untuk kes di atas, (15.05/152.15) x 100 = 9.89%. 

Mari kita mengira premium atas harga spot bagi jongkong emas 250 gram. 

Harga per gram: RM40,793 / 250 g = RM163.17

Oleh itu, premium atas harga spot bagi jongkong emas 250 gram: 
((163.17 - 152.15) / 152.15) x 100 = 7.24%

Perhatikan bahawa semakin kecil harga per gram, maka semakin kecil premium atas harga spot emas. Semakin rendah nilai premium, maka semakin berbaloi emas tersebut dibeli untuk dijadikan sebagai pelaburan. 



0 comments:

Catat Ulasan