24 Februari 2016

Posisi Sebagai Pembeli Emas

Dengan setiap belian emas, pembeli (sama ada suka atau tidak!) akan meletakkan dirinya dalam salah satu daripada 3 posisi seperti berikut:
  1. Penyimpan emas (saver)
  2. Pelabur emas (investor)
  3. Peniaga emas (trader)
Kredit gambar: Mohd Zulkifli


Penyimpan Emas
  • Penyimpan emas membeli emas sebagai aset pelindung kekayaan, yang boleh menyelamatkan wang tunai dari ketirisan akibat boros berbelanja. 
  • Beli emas apabila ada wang tunai berlebihan, sekurang-kurangnya 3 bulan pendapatan kasar atau 3 bulan perbelanjaan kos sara hidup. Yang terbaik, 6 bulan pendapatan kasar / perbelanjaan kos sara hidup. 
  • Tidak risau dan tidak kecewa akan naik turun harga emas. Yang lebih penting, kumpul dan tambahkan simpanan emas dalam bentuk gram sehingga mencapai target simpanan. 
  • Spread emas tidak begitu penting selagi ia dalam lingkungan yang difikirkan terbaik. 
  • Jual emas apabila mencapai target simpanan dalam bentuk gram, ataupun jual sebahagiannya atau pajak apabila keadaan mendesak. Perlu ganti semula emas tersebut supaya matlamat simpanan emas tidak terjejas. 
  • Boleh menyimpan sedikit sebulan (sekurang-kurangnya 1 gram) dan tidak memerlukan modal permulaan yang besar. 
  • Konsisten melakukan simpanan emas (disiplin) dan mengunakan teknik pemurataan kos (cost averaging). 

Pelabur Emas
  • Pelabur emas membeli emas sebanyak mungkin pada harga yang difikirkan rendah. 
  • Matlamat utama adalah target keuntungan dalam RM. Jual semula emas yang ada pada harga yang difikirkan tinggi. 
  • Selalu memantau harga naik turun emas. Akan berasa kecewa (atau cemas!) apabila harga emas statik atau jatuh. Akan berasa gembira (atau teruja!) apabila emas terus meningkat. 
  • Produk emas yang mempunyai spread yang paling kecil menjadi keutamaan. 
  • Produk emas yang mudah dijual semula (buy back) kepada syarikat / bank menjadi keutamaan. (Penting, kerana bukan semua dealer / stokis / ejen ingin membeli semasa harga emas naik secara drastik). 
  • Perlu modal permulaan yang besar (sekurang-kurangnya 100 gram). 
  • Perlu kemahiran analisa teknikal emas (penggunaan chart atau software tools yang berkaitan) dan perlu kemahiran analisa fundamental emas (pembacaan daripada informasi berkenaan ekonomi semasa Malaysia dan global, kadar tukaran asing (forex), prestasi US Dollar, prestasi komoditi lain, prestasi saham, dan sebagainya). 

Peniaga Emas
  • Peniaga emas menjana keuntungan (secara sambilan atau sepenuh masa) daripada hasil jual beli emas dan juga komisyen daripada jual beli emas tersebut. 
  • Perlu ada ilmu dan minat mendalam tentang emas. 
  • Perlu ada ilmu dan strategi untuk menjalankan bisnes. 
  • Perlu ada modal permulaan bisnes. 
  • Perlu ada rangkaian bisnes (network). 
  • Pilih produk emas yang popular dalam pasaran (mudah dijual dan juga mudah untuk membuat belian balik). 
Sumber gambar: Google Image Search

Jadi, kepada anda yang sudah memiliki emas pelaburan (bukan barang kemas), nilaikan sekarang anda di posisi mana?

Kepada yang masih belum memiliki emas pelaburan tetapi berminat? Sila hubungi saya 013-9230370.

Kredit:


0 comments:

Catat Ulasan