28 Februari 2016

Emas dan Ayat Al-Quran

Emas adalah logam yang dijadikan Allah Ta'ala kepada manusia sebagai perhiasan di muka bumi ini. Ianya cantik dan dianggap sangat berharga. Bukan itu sahaja, emas juga akan menjadi perhiasan bagi kalangan penghuni Syurga nanti.
Sumber: Google Image

Betapa penting dan mulianya emas (dalam bahasa Arab disebut dzahabun ذهب) sehinggakan perkataan emas dirakamkan sebanyak 8 kali dalam Al-Quran.

  1. Surah Ali Imran ayat ke 14 (Indah pada pandangan):
    Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
  2. Surah Ali Imran ayat ke 91 (Tukaran paling bernilai):
    Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun. 
  3. Surah At-Taubah ayat ke 34 (Simpanan sebenar):
    Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
  4. Surah Al-Kahfi ayat ke 31 (Perhiasan dalam Syurga):
    Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.
  5. Surah Al-Hajj ayat ke 23 (Perhiasan dalam Syurga):
    Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.
  6. Surah Al-Fatr ayat ke 33 (Perhiasan dalam Syurga):
    (Balasan mereka ialah) Syurga - syurga " Adn", yang mereka akan masukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera.
  7. Surah Az-Zukhruf ayat ke 53 (lambang kekayaan sebenar):
    "(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?"
  8. Surah Az-Zukhruf ayat ke 71 (perhiasan dalam Syurga):
    Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): "Kamu adalah tetap kekal di dalamnya".

Tafsiran bahasa Melayu diambil dari laman Quran.com
Kredit: Ustaz Khairul Anuar Basri (dipetik daripada pembentangan pada Bengkel Emas dan Syariah: Jual Beli Emas Public Gold dari Kacamata Syariah) 





1 ulasan:

  1. dalam islam, emas termasuk barang ribawi, jadi harus memenuhi syarat jika ingin dijual dengan emas yang lain annajah
    jamil fuady

    BalasPadam