28 Februari 2016

Emas dan Ayat Al-Quran

Emas adalah logam yang dijadikan Allah Ta'ala kepada manusia sebagai perhiasan di muka bumi ini. Ianya cantik dan dianggap sangat berharga. Bukan itu sahaja, emas juga akan menjadi perhiasan bagi kalangan penghuni Syurga nanti.
Sumber: Google Image

Betapa penting dan mulianya emas (dalam bahasa Arab disebut dzahabun ذهب) sehinggakan perkataan emas dirakamkan sebanyak 8 kali dalam Al-Quran.

  1. Surah Ali Imran ayat ke 14 (Indah pada pandangan):
    Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
  2. Surah Ali Imran ayat ke 91 (Tukaran paling bernilai):
    Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun. 
  3. Surah At-Taubah ayat ke 34 (Simpanan sebenar):
    Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
  4. Surah Al-Kahfi ayat ke 31 (Perhiasan dalam Syurga):
    Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.
  5. Surah Al-Hajj ayat ke 23 (Perhiasan dalam Syurga):
    Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.
  6. Surah Al-Fatr ayat ke 33 (Perhiasan dalam Syurga):
    (Balasan mereka ialah) Syurga - syurga " Adn", yang mereka akan masukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera.
  7. Surah Az-Zukhruf ayat ke 53 (lambang kekayaan sebenar):
    "(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?"
  8. Surah Az-Zukhruf ayat ke 71 (perhiasan dalam Syurga):
    Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): "Kamu adalah tetap kekal di dalamnya".

Tafsiran bahasa Melayu diambil dari laman Quran.com
Kredit: Ustaz Khairul Anuar Basri (dipetik daripada pembentangan pada Bengkel Emas dan Syariah: Jual Beli Emas Public Gold dari Kacamata Syariah) 





24 Februari 2016

Posisi Sebagai Pembeli Emas

Dengan setiap belian emas, pembeli (sama ada suka atau tidak!) akan meletakkan dirinya dalam salah satu daripada 3 posisi seperti berikut:
  1. Penyimpan emas (saver)
  2. Pelabur emas (investor)
  3. Peniaga emas (trader)
Kredit gambar: Mohd Zulkifli


Penyimpan Emas
  • Penyimpan emas membeli emas sebagai aset pelindung kekayaan, yang boleh menyelamatkan wang tunai dari ketirisan akibat boros berbelanja. 
  • Beli emas apabila ada wang tunai berlebihan, sekurang-kurangnya 3 bulan pendapatan kasar atau 3 bulan perbelanjaan kos sara hidup. Yang terbaik, 6 bulan pendapatan kasar / perbelanjaan kos sara hidup. 
  • Tidak risau dan tidak kecewa akan naik turun harga emas. Yang lebih penting, kumpul dan tambahkan simpanan emas dalam bentuk gram sehingga mencapai target simpanan. 
  • Spread emas tidak begitu penting selagi ia dalam lingkungan yang difikirkan terbaik. 
  • Jual emas apabila mencapai target simpanan dalam bentuk gram, ataupun jual sebahagiannya atau pajak apabila keadaan mendesak. Perlu ganti semula emas tersebut supaya matlamat simpanan emas tidak terjejas. 
  • Boleh menyimpan sedikit sebulan (sekurang-kurangnya 1 gram) dan tidak memerlukan modal permulaan yang besar. 
  • Konsisten melakukan simpanan emas (disiplin) dan mengunakan teknik pemurataan kos (cost averaging). 

Pelabur Emas
  • Pelabur emas membeli emas sebanyak mungkin pada harga yang difikirkan rendah. 
  • Matlamat utama adalah target keuntungan dalam RM. Jual semula emas yang ada pada harga yang difikirkan tinggi. 
  • Selalu memantau harga naik turun emas. Akan berasa kecewa (atau cemas!) apabila harga emas statik atau jatuh. Akan berasa gembira (atau teruja!) apabila emas terus meningkat. 
  • Produk emas yang mempunyai spread yang paling kecil menjadi keutamaan. 
  • Produk emas yang mudah dijual semula (buy back) kepada syarikat / bank menjadi keutamaan. (Penting, kerana bukan semua dealer / stokis / ejen ingin membeli semasa harga emas naik secara drastik). 
  • Perlu modal permulaan yang besar (sekurang-kurangnya 100 gram). 
  • Perlu kemahiran analisa teknikal emas (penggunaan chart atau software tools yang berkaitan) dan perlu kemahiran analisa fundamental emas (pembacaan daripada informasi berkenaan ekonomi semasa Malaysia dan global, kadar tukaran asing (forex), prestasi US Dollar, prestasi komoditi lain, prestasi saham, dan sebagainya). 

Peniaga Emas
  • Peniaga emas menjana keuntungan (secara sambilan atau sepenuh masa) daripada hasil jual beli emas dan juga komisyen daripada jual beli emas tersebut. 
  • Perlu ada ilmu dan minat mendalam tentang emas. 
  • Perlu ada ilmu dan strategi untuk menjalankan bisnes. 
  • Perlu ada modal permulaan bisnes. 
  • Perlu ada rangkaian bisnes (network). 
  • Pilih produk emas yang popular dalam pasaran (mudah dijual dan juga mudah untuk membuat belian balik). 
Sumber gambar: Google Image Search

Jadi, kepada anda yang sudah memiliki emas pelaburan (bukan barang kemas), nilaikan sekarang anda di posisi mana?

Kepada yang masih belum memiliki emas pelaburan tetapi berminat? Sila hubungi saya 013-9230370.

Kredit:


21 Februari 2016

Premium Atas Harga Spot Emas

Jongkong emas dan dinar biasanya dijual mengikut pergerakan harga semasa dunia. Harga emas semasa dunia juga dikenali sebagai harga spot emas(saya masih mencari perkataan bahasa melayu paling sesuai untuk perkataan ini). Harga spot emas ini menjadi harga rujukan ataupun baseline bagi kebanyakan penjual emas.
Gambar : Jongkong emas 50 gram Public Gold edisi lama (non LBMA). Sumber: Google Image

Namun begitu, hampir semua syarikat penjual emas menjual produk emas mereka di atas harga spot emas ini. Kenapa? Ini disebabkan mereka akan menambah kos-kos yang mereka tanggung untuk menghasilkan produk akhir (end product) emas fizikal, antaranya ialah:

  1. Kos pengangkutan
  2. Kos pekerja dan sewa ruang pejabat
  3. Kos simpanan emas
  4. Insurans
  5. Cukai
  6. Kos percetakan dan penempaan emas (minting)
Perbezaan antara harga jualan dan harga spot emas dipanggil sebagai premium atas harga spot. Semakin tinggi nilai premium, semakin tinggi juga harga emas yang dijual oleh sesuatu syarikat. Jadi, untuk memaksimakan keuntungan daripada simpanan atau pelaburan emas, anda haruslah membeli produk emas daripada syarikat yang dijual dengan harga yang paling hampir dengan harga spot emas.

Cara untuk melihat harga spot emas:

Kredit Gambar: Syukor Hashim

  1. Buka laman web yang memaparkan harga spot emas sedunia seperti www.goldprice.org atau www.kitco.com. Saya memilih untuk dapatkan screenshot daripada www.goldprice.org
  2. Lihat pada penjuru kiri (harga emas)
  3. Tukarkan parameter kepada Ringgit Malaysia (MYR) dan Gram (g)
Dalam kes ini, didapati harga spot emas ialah RM152.15. Dari harga ini, kita boleh membandingkannya dengan harga jualan oleh semua penjual emas. 

Contoh pengiraan: 


Lihat gambar di atas. Harga jualan jongkong emas 10 gram ialah RM1,672. Setelah dibahagikan mengikut unit, maka harga per gram ialah RM167.20. Harga ini adalah RM15.05 / g lebih tinggi dari harga spot emas (RM167.20 – RM152.15). Formula premium atas harga spot emas dalam % adalah seperti berikut:


Jadi untuk kes di atas, (15.05/152.15) x 100 = 9.89%. 

Mari kita mengira premium atas harga spot bagi jongkong emas 250 gram. 

Harga per gram: RM40,793 / 250 g = RM163.17

Oleh itu, premium atas harga spot bagi jongkong emas 250 gram: 
((163.17 - 152.15) / 152.15) x 100 = 7.24%

Perhatikan bahawa semakin kecil harga per gram, maka semakin kecil premium atas harga spot emas. Semakin rendah nilai premium, maka semakin berbaloi emas tersebut dibeli untuk dijadikan sebagai pelaburan. 



20 Februari 2016

Doa Perlindungan Untuk Anak

Sebagai ibubapa, sudah tentulah mereka mahu anak-anaknya selalu dilindungi dari segala bahaya, baik dari gangguan atau godaan syaitan dan/atau bahaya-bahaya lain yang ada di sekelilingnya. Contohnya seperti kemalangan, ancaman binatang berbisa, tipu daya manusia dan sebagainya.

Berikut adalah bacaan doa perlindungan untuk anak yang dapat kita amalkan sepanjang waktu atau sekurang-kurangnya setelah selesai solat fardhu, mudah-mudahan anak-anak kita terlindung dari hal-hal yang tidak kita inginkan. Ini sebagaimana sunnah Rasulullah S.A.W memohon perlindungan untuk cucunya iaitu Hassan dan Hussin.

Dari Abdullah bin Abbas R.A, bahawa Rasulullah S.A.W memohon perlindungan untuk Hassan dan Hussin, dan baginda membaca;

أُعِيْذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّة

Ertinya: "Aku memohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna untuk kalian berdua, dari gangguan syaitan dan binatang berbisa, dan dari pandangan mata (ain) yang membuat sakit." [Hadith Riwayat al-Bukhari & Abu Daud]

Dalam hadis Ibnu Abbas di atas, setelah Rasulullah S.A.W mengajarkan doa tersebut, baginda bersabda:

كان أبوكم يعوذ بهما إسماعيل وإسحاق

Ertinya: "Ayah kalian (Ibrahim) memohon perlindungan untuk Ismail dan Ishak dengan kalimah doa tersebut." [Hadith Riwayat Abu Daud]


Sumber: http://www.blogkhususdoa.com/2015/05/bacaan-doa-mohon-perlindungan-untuk-anak-lengkap-doa-nabi-muhammad-dan-nabi-ibrahim.html

15 Februari 2016

Spread Emas

Apakah itu spread emas (atau juga dikenali sebagai susut nilai emas)?

Setiap aset mempunyai susut nilai yang tersendiri. Ini termasuk juga bagi kategori pelaburan logam berharga seperti emas, perak dan platinum. Disebabkan spread emas antara yang paling rendah di kalangan logam berharga, ia sering digunakan untuk tujuan pelaburan jangka sederhana dan panjang.

Cara untuk mengira spread bagi emas (sama ada dalam jongkong, dinar atau barang kemas) adalah seperti berikut:

Lihat gambar seperti di bawah sebagai contoh. Pengiraan spread jongkong emas Public Gold LBMA 10 gram adalah seperti berikut

((1523 - 1401) / 1523 ) * 100 = 8% (setelah digenapkan)


Kredit gambar: Mohd Zulkifli

Ini bermakna, semakin kecil nilai spread, semakin mudah untuk mendapat keuntungan dalam pelaburan emas. Ini sangat digemari bagi kalangan pelabur emas.

Kita analisa situasi seperti gambar di bawah. Katakan Encik X membeli 1 keping jongkong emas 250 gram pada 16 Disember 2015 dengan harga RM38,526 (bulatan berwarna biru). Pada 6 Februari 2016, harga emas telah naik sebanyak 8%. Harga belian Public Gold bagi jongkong 250 gram adalah RM39,793 (bulatan berwarna hijau). Jadi, Encik X telah untung sebanyak 3% kerana spread bagi jongkong 250 gram hanya 5%.

Katakan Encik Y pula membeli 1 keping jongkong emas 10 gram pada 16 Disember 2015 dengan harga RM1,579 (bulatan berwarna kuning). Pada 6 Februari 2016, harga belian Public Gold bagi jongkong emas 10 gram adalah (secara kebetulannya!) RM1,579. Jadi, Encik Y masih belum untung kerana spread jongkong emas 10 gram ialah 8%.

Gambar: Perbandingan harga jualan dan belian Public Gold pada 16 Disember 2015 (kiri) dan 6 Februari 2016 (kanan). 

Sebagai pelabur emas yang bijak, kita hendaklah memilih produk emas yang mempunyai spread yang paling kecil untuk lebih cepat mendapat keuntungan daripada pelaburan emas. Untuk tujuan pelaburan, carilah produk emas yang mempunyai spread sekurang-kurangnya 10% ke bawah.

Diingatkan juga, spread boleh menjadi lebih tinggi daripada yang sepatutnya. Ini disebabkan oleh situasi seperti berikut:
  1. Membuka plastik kekal (plastic seal) dalam bungkusan emas (terutama yang berstatus LBMA): Kebanyakan produk emas yang berstatus pelaburan diletakkan dalam bungkusan plastik kekal beserta sijil ketulenan (certificate). Emas yang begini sangat cerewet, jika bungkusan plastik dibuka, spread akan dikenakan sehingga 25% dan ia dianggap seperti emas terpakai (used gold). Malah ada bank atau syarikat yang terus tidak terima emas tersebut dan ini amatlah merugikan!
  2. Kecacatan fizikal pada emas: Sesetengah bank atau syarikat menerima emas yang sudah ada kecacatan fizikal seperti calar, bengkok, sumbing, retak, pecah, atau apa sahaja yang seumpamanya. Akan tetapi, penambahan spread dikenakan. Ada juga yang terus tidak terima emas tersebut seperti situasi nombor 1. 
  3. Sijil ketulenan hilang: Kebiasaannya ini terjadi bagi pakej bungkusan emas jenis loose packaging (tidak berlamina secara kekal). Seperti situasi nombor 1 dan 2, ada syarikat atau bank mengenakan spread tambahan. 
  4. Resit pembelian hilang: Kebiasaannya terjadi apabila membuat pembelian produk emas di kedai emas seperti Poh Kong atau Wah Chan. Jikalau resit asal hilang, spread tambahan dikenakan. 
Gambar: jongkong emas yang telah dibuka sarung plastik dan terdapat kesan kecacatan akibat terjatuh. Kredit gambar: Syukor Hashim



02 Februari 2016

Akaun Emas GAP Public Gold

Alhamdulillah, ada sebahagian daripada kita telah sedar akan kepentingan simpanan dalam bentuk emas. Tetapi takut untuk bermula atau takut untuk mengambil tindakan atas alasan berikut:

  1. Mindset bahawa emas adalah mahal. 
  2. Tiada bajet bulanan untuk menyimpan emas. 
  3. Risau simpan emas di rumah, risiko samada hilang atau dicuri. Hendak sewa safe deposit box, caj mahal dan tempat jauh daripada kediaman. 
  4. Akaun emas yang ditawarkan di bank komersil adalah kebanyakkannya tidak patuh syariah (kecuali di KFH) 
Public Gold melangkah setapak lagi dengan melancarkan produk dan kaedah pembelian terbaru yang dinamakan Gold Accumulation Program (GAP). GAP ini dapat menyelesaikan masalah yang menghantui para penyimpan emas seperti yang diterangkan tadi. 

Antara kelebihan Gold Accumulation Program (GAP): 
  1. Anda boleh mengumpul emas fizikal dengan ketulenan 999.9 (24K). 
  2. Anda boleh membuat pembelian minimum RM100 ataupun 1 gram emas. 
  3. Disokong 100% oleh emas fizikal, bertaraf LBMA (dikecualikan GST) yang diterima seluruh dunia. 
  4. Anda boleh menambah atau menjual emas ini bila-bila masa sahaja dan tiada tarikh luput. 
  5. Anda boleh mengeluarkan emas fizikal daripada akaun GAP ke dalam bentuk jongkong emas dan dinar. 
  6. Simpanan GAP adalah percuma seumur hidup. Tiada yuran tahunan atau caj tersembunyi dikenakan. 
  7. Pegangan baki minimum di dalam akaun 1 gram sahaja. 
  8. Akaun bersama antara ibu bapa dan anak-anak disediakan. (Ini sangat bagus! Menabung dalam bentuk emas untuk masa depan anak-anak. Pastinya kehidupan di kemudian hari lebih mencabar berbanding sekarang!)
  9. Urusniaga bila-bila masa. 24 jam sehari, 365 hari setahun secara online. (Hidup lebih mudah!)
  10. Sebagai pemegang akaun GAP, anda boleh mengeluarkan emas fizikal anda di mana-mana cawangan Public Gold (18 cawangan di seluruh Malaysia)
  11. Akaun GAP boleh diwariskan (perlu isi borang penamaan / nominee)
  12. Akaun GAP boleh digunakan sebagai transaksi jual beli menerusi PG Mall (projek terbaru Public Gold, setakat ini masih dalam pembikinan dan belum dilancarkan secara rasmi lagi)
Hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai akaun GAP Public Gold. 

Zam (PG033743)
013-9230370