
Harga Minyak Dunia 2016 : Kartel Minyak Vs Amerika Syarikat?
- Dahulu, OPEC sekat pengeluaran untuk memberikan peringatan kepada Amerika Syarikat supaya jangan tolong Israel
- Kali ini pula, OPEC terutamanya Arab Saudi lambakkan minyak di pasaran minyak dunia supaya Amerika tidak mampu proses minyak shale. Jadi, ini adalah sebahagian daripada strategi untuk mengajar US
- Akhirnya begitu banyak negara terkena tempiasnya termasuklah Malaysia yang mana Najib Razak sedang dalam proses terakhirnya bentangkan rombakan Bajet 2016 Malaysia pada minggu hadapan.

Dengan terus lambakan minyak di pasaran dunia, semakin ramai yang panas punggung. Jika sebelum ini Ketua Penyelidikan Komoditi Citigroup, Ed Morse dan juga Goldman Sach menjangkakan harga minyak dunia boleh cecah ke paras US$20. Terkini, ramalan pakar ekonomi dunia dilihat semakin kejam lagi, apabila pakar ekonomi dunia termasuklah Bismarck Rewane dari Financial Derivatives Company mengatakan tiada apa yang mustahil untuk harga minyak jatuh ke paras US$10 setong. Ya, US$10 setong.
- Realitinya untuk pengeluaran shale oil di US, kos yang pulang modal adalah bercampur-campur di antara US$30-US$70 setong bergantung pada kawasan dan kematangan industri itu sendiri.
- Nah, sebab itulah juga Arab Saudi menyasarkan harga minyak jatuh kepada paras di bawah US$20 setong dengan harapan banyak pengeluar shale di Amerika Syarikat jatuh, bangkrap, tutup supaya OPEC boleh terus kekalkan saiz eksport mereka ke pasaran dunia
- Hari ini, di US$30 setong banyak lagi negara yang tidak menikmati untung di sebalik penjualan minyak
- Arab Saudi masih lagi boleh bertahan walaupun harga minyak dunia di paras US$10.
Sumber: Berita Semasa
0 comments:
Catat Ulasan