
Daripada Abu Qatadah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W ditanya tentang puasa Hari 'Asyura. Baginda menjawab, "(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu." - [Hadith Riwayat Muslim]
Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan." - [Hadith Riwayat Muslim].
Perhatian: Jika anda tidak berpuasa pada hari tasu'a (9 Muharram), maka disunatkan berpuasa 10 dan 11 Muharram berdasarkan hadith di bawah:
"Berpuasalah pada Hari 'Asyura dan bezakan diri kalian dengan Yahudi, berpuasalah sehari sebelum atau selepasnya." - [Hadith Riwayat Ahmad]
Sumber:
http://drmaza.com/home/?p=1300
0 comments:
Catat Ulasan