28 Oktober 2013

Intipati Bajet 2014

Jumlah peruntukan: RM264.2 bilion
- Perbelanjaan mengurus: RM217.7
- Perbelanjaan pembangunan: RM46.5 bilion
(Peningkatan 31 bilion berbanding Bajet 2013)

Tema Bajet 2014:
Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi & Melaksana Janji

Unjuran ekonomi 2014: 

KDNK: 5.0 - 5.5%
Pendapatan per kapita: RM34,126 (RM24,879 pada 2009), naik 37% dalam masa 6 tahun.
Inflasi: 2 - 3%
Kadar pengangguran: 3.1%

1. Merancak aktiviti ekonomi
  • RM189 bilion untuk pelaburan swasta & RM106 biliom untuk pelaburan awam
  • Projek Lebuhraya Pantai Barat Banting - Taiping
  • Landasan keretapi berkembar Ipoh - Padang Besar, Gemas - Johor Bharu
  • Projek AmmoniaUrea Sabah (SAMUR) di Sipitang
  • Projek loji regasifikasi di Lahad Datu
  • Projek RAPID di Pengerang
  • RM1.6 bilion untuk pembangunan di 5 wilayah koridor
  • Memperkenalkan Pelan Induk Sektor Perkhidmatan
  • Menggubal Dasar Penerbangan Nasional
2. Mengukuh pengurusan fiskal

  • Struktur cukai pendapatan individu akan disusun semula untuk menjadikan lebih kompetitif
  • Menubuhkan Unit Pengurusan Integriti yang akan dianggotai oleh SPRM di setiap kementerian
  • Pembayar cukai tidak perlu mengemukakan borang penyata cukai pendapatan sekiranya berpuas hati bahawa PCB adalah dianggap cukai muktamad
  • Cukai jualan dan cukai perkhidmatan dimansuhkan dan digantikan dengan GST berkuatkuasa mulai 1 April 2015
  • Kadar GST adalah 6% dan terendah di kalangan negara ASEAN
  • GST tidak akan dikenakan kepada barangan makanan asas, bil air & elektrik untuk 200 unit pertama, dan perkhidmatan pengangkutan awam
3. Mengunggul modal insan

Jumlah peruntukan untuk pendidikan sebanyak RM54.6 bilion
  • RM530 juta untuk 93 pra sekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan
  • RM209 juta untuk peningkata pengajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • RM168 juta untuk akses internet di sekolah luar bandar
  • RM831 juta untuk membina 33 sekolah baru dan menaik taraf sekolah sedia ada
  • Tambahan RM450 juta untuk Tabung Khas Pembinaan Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah termasuk: 
    • RM100 juta untuk sekolah kebangsaan
    • RM50 juta untuk setiap sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangsaan Tamil, sekolah berasrama penuh, MRSM, sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah agama rakyat & sekolah mubaligh
  • RM600 juta untuk geran penyelidikan di IPTA
  • RM110 juta untuk MyBrain15 - pembiayaan yuran pengajian pasca siswazah untuk eksekutif swasta
  • RM200 juta untuk naik taraf IKBN
  • Sistem waktu kerja anjal untuk wanita
  • Bantuan pelajar sekolah (RM100 setiap seorang) dan RM250 untuk Baucar Buku 1Malaysia
4. Mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar
  • Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Johor, Terengganu, Perlis, Sabah dan Sarawak
  • Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Sabah, Sarawak dan Negeri Sembilan
  • Tambahan Pusat Transformasi Komuniti Bergerak untuk MyKad, memperbaharui lesen memandu, pemeriksaan kesihatan dan khidmat nasihat perniagaan
  • Pengangkutan awam:
    • RM62 juta untuk kemudahan letak kereta di stesen LRT, komuter KTM dan ERL
    • RM15.3 juta untuk sistem Perkhidmatan Teksi Berpusat
    • RM28 juta untuk naik taraf hentian bas
    • RM28 juta untuk baik pulih tren EMU
  • Pembangunan luar bandar
    • RM980 juta untuk baik pulih dan naik taraf 437 km jalan luar bandar
    • RM500 juta untuk projek Lebuh Raya Pan Borneo
    • RM457 untuk bekalan air bersih dan terawat
    • RM75 juta untuk membekal tangki air di Sarawak
    • RM865 juta untuk membekal elektrik 24 jam kepada 16,000 buah rumah
    • RM265 juta untuk mengatasi gangguan bekalan elektrik di Sabah
    • RM179 juta untuk membina dan membaikpulih 20,000 rumah rakyat miskin
    • Rancangan Tebatan Banjir di Sg Muda, Kedah; Sg Muar, Johor; Sg Bunus, KL; dan di Pekan, Pahang
    • RM50 juta untuk kerja ukur tanah dan pengesahan hak milik tanah adat di Sabah dan Sarawak
5. Mensejahtera kehidupan rakyat

Merangka strategi meningkatkan kualiti hidup melalui penilaian Indeks Kesejahteraan Rakyat
  • RM8.8 bilion untuk menaiktaraf balai polis dan kuarters anggota polis
  • RM200 juta untuk peralatan dan kelengkapan terkini
  • RM496 cctv di 25 kawasan PBT
  • 1000 motosikal untuk Unit Rondaan Bermotosikal PDRM
  • RM2.4 bilion bagi Angkatan Tentera Malaysia untuk memantapkan kawala sempadan, baikpulih kuarters ATM dan bas sekolah untuk anak tentera
  • RM48 juta untuk kebajikan veteran ATM
Pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sumber
  • Menubuhkan Tabuh Amanah Konservasi Nasional
  • Program Pelaporan Karbon Kebangsaan (MyCarbon) oleh sektor swasta
  • Elaun Cukai Pelaburan dan pengecualian cukai bagi menggalakkan teknologi hijau
  • RM40 juta bagi melebar dan mendalamkan Sg Bertam di Cameron Highlands
  • Audit tenaha, panel solar dan retrofit di bangunan kementerian
Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti
  •  Jumlah peruntukan RM22.1 bilion: 
    • Bina dan baik pulih Hospital Jeli, Tanjung Karang, Kuala Lipis dan Queen Elizabeth Kota Kinabalu
    • Tambahan 50 klinik 1Malaysia
    • Tambahan 6800 jururawat
    • Percuma kit rawatan buah pinggang
    • Memansuhkan subsidi gula sebanyak 34 sen bermula 26 Oktober 2013
Pembangnan Sukan Negara
  • RM239 juta untuk kecemerlangan sukan
  • Naik taraf kompleks dan gelanggang sukan
  • Program kenal pasti bakat sukan di sekolah rendah
  • Program Jurulatih Professional Masa Depan
 Meningkat Peranan Wanita & Mensejahtera Keluarga
  • Penubuhan Akademi Inovasi Wanita
  • Tambah wang saku harian kanak-kanak dan warga emas di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat: 
    • RM3 sehari bagi kanak-kanak sekolah
    • RM1 sehari bagi kanak-kanak tidak bersekolah
    • RM30 sebulan bagi warga emas
  • Bantuan RM180 sebulan untuk TASKA kepada isi rumah RM5000
  • Bantuan yuran TASKA RM250 sebulan kepada ibu bapa berpendapatan tidak lebih RM900 sebulan
  • Bantuan sokongan prosthesis luaran payudara dan coli khas kepada pesakit kanser payudara
  • 4 bas khas untuk Pusan Keluarga Bergerak
Pemerkasaan Bumiputera
  • Tambahan 250,000 pengambilan pelajar UiTM
  • RM200 juta pinjaman melalui SME Bank untuk pembangunan tanah rizab Melayu
  • RM30 bagi Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB)
Membantu Golongan OKU
  • RM441 juta untuk pembangunan dan kebajikan OKU
Menghargai Golongan Karyawan
  • RM6 juta untuk pentadbiran dan pengendalian persatuan berdaftar
Pembangunan Masyarakat India
  • RM100 juta untuk pendidikan dan kemahiran kaum India
Meningkatkan Pemilikan Rumah
  • 223,000 unit rumah baharu akan didirikan
    • Jabatan Perumahan Negara - 17,073 unit kos rendah untuk dijual atau disewa
    • PR1MA - 80,000 unit mampu milik dengan harga 20% lebih rendah daripada pasaran
    • SPNB - 26,122 unit rumah mampu milik dengan subsidi RM15,000 - 20,000
    • MyHome - 10,000 unit rumah Skim Perumahan Mampu Milik Swasta bersubsidi RM30,000 setiap unit
    • Swasta - 90,000 unit
  • Untuk memastikan harga rumah stabil:
    • Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT) dikaji semula
    • Meningkatkan ketelusan harga jualan hartanah
    • Warga asing hanya boleh membeli hartanah bernilah RM1 juta ke atas
    • Melarang pemaju perumahan melaksana projek DIBS
Bantuan Kumpulan Pendapatan Rendah & Menengah Rendah
  • Pelepasan cukai RM2000 kepada pembayar cukai berpendapatan sehingga RM8000
  • BR1M ditambah dan diluaskan:
    • isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650
    • isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, nilai bantuan sebanyak RM450.
    • individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
Kakitangan awam dan pesara
  •  Bonus setengah bulan kepada kakitangan awam dengan bayaran minimum RM500
  • Bantuan kewangan khas RM250 kepada pesara

Sumber:
  1. Astro Awani
  2. Utusan Malaysia

0 comments:

Catat Ulasan