06 Oktober 2011

Steve Jobs (1955-2011)


"I have always said if there ever came a day when i could no longer meet my duties and expectations as Apple’s CEO, I would be the first to let you know. Unfortunately, that day has come."
Steve Jobs, August 24th 2011

Dunia hari ini dikejutkan dengan berita kematian pengasas Apple iaitu Steve Jobs pada umur 56 tahun awal pagi ini. Hanya lebih sebulan yang lepas ketika melepaskan jawatannya sebagai CEO Apple, beliau telah menyatakan kenyataan di atas dalam surat perletakan jawatannya.

Daripada kenyataannya itu jelas menunjukkan bahawa seolah-olah beliau mengetahui yang masanya sudah terlalu hampir untuknya meninggalkan dunia ini selama-lamanya akibat penyakit kanser yang dihadapinya. Jawatan CEO yang dipegangnya dilepaskan kepada COO Apple iaitu Tim Cook manakala beliau masih kekal sebagai Pengerusi Lembaga Syarikat selain pengarah dan pekerja Apple sendiri.

Pada ketika iPhone 4S menjadi tumpuan bagi tempoh 24 jam yang lepas, laman web Apple.com hari ini mendedikasikan kepada Jobs sekeping gambar photo shoot menarik yang juga akan digunakan sebagai kulit muka depan buku Biografinya (ditulis oleh Walter Isaacson) yang dijadual dilancarkan pada bulan depan.

Jobs telah didiagnos menghidap kanser pada tahun 2004 serta menjalani pembedahan bagi mengubati penyakit tersebut. Dalam beberapa tahun selepas itu, penyakit tersebut telah memaksa beliau untuk berundur sementara sebagai CEO Apple. Beliau juga telah menjalani transplant hati pada tahun 2009 semasa beliau menjalani cuti sakit.

Walaubagaimanapun selepas beberapa lama berjuang berdepan penyakitnya, beliau telah kembali aktif dan menyambung tugasnya yang menakjubkan di Apple. Pada tahun 2007 beliau memperkenalkan iPhone dan seterusnya iPad pada tahun 2010. Beliau membuat kemunculan terakhir di pentas semasa Apple’s 2011 WWDC di San Francisco di mana dia telah memperkenalkan inovasi terkini Apple termasuk iOS5, OS X Lion dan iCloud.

Namun segala-galanya tampak berakhir buatnya apabila penyakitnya semakin melarat yang memaksa beliau meletakkan jawatannya terus sebagai CEO syarikat Apple yang diasaskan bersama sahabat beliau Wozniak. Hanya sehari selepas pelancaran model terbaru iPhone 4S (iPhone for Steve), beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan ditemani oleh keluarganya.

Artikel dipetik daripada http://myiphone2u.blogspot.com/2011/10/steve-jobs-dalam-kenangan-1955-2011.html

Tags:
© Copyright Nesloais dot com. All rights reserved.
Based on template designed by SpicyTricks