26 Oktober 2011

Taman Tasik Taiping

DSC_3038_edit_v1Taiping yang terletak di negeri Perak, dahulunya dikenali sebagai Kelian Pauh dan telah ditukar kepada Taiping sempena tamatnya Perang Larut pada tahun 1874. Taiping berasal daripada perkataan cina "Tai-Peng" yang bermaksud aman selamanya. Bandar yang hanya bermula dengan penempatan sebilangan orang melayu telah menarik ramai orang asing ke situ kerana terjumpanya bijih timah yang banyak. Peristiwa ini berlaku berikutan terjumpanya gajah Long Jaafar yang bernama Larut, berlumuran lumpur yang mengandungi bijih timah. Bersempena nama gajah tersebut, daerah itu dinamakan Larut.

DSC_3063_edit_v1Nama Taiping tercetus daripada pertelingkahan puak-puak pendatang negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut.

Antara tarikan di sini adalah Taman Tasik Taiping. Taman tasik ini dikatakan berasal daripada bekas lombong bijih timah dan merupakan salah satu taman tasik yang tertua di negara kita. Ianya dibuka kepada umum sekitar tahun 1880. Permandangannya sungguh indah sekali kerana ianya berhadapan dengan Bukit Larut. Selain daripada taman bunga, terdapat juga kawasan permainan kanak-kanak serta berhampiran dengan Zoo Taiping. Taman Tasik Taiping sangat dikenali dengan permandangan pokok-pokok besar yang merentasi jalan menghala ke tasik. Indah dan mendamaikan, ia adalah lokasi yang paling sesuai untuk menghabiskan masa bersama rakan dan keluarga tersayang.

DSC_3061_edit_v1


DSC_3075_edit_v1


DSC_3027_edit_v1


DSC_3034_edit_v1


DSC_3032_edit_v1


DSC_3025_edit_v1


DSC_3054_edit_v1



Sumber rujukan:

06 Oktober 2011

Steve Jobs (1955-2011)


"I have always said if there ever came a day when i could no longer meet my duties and expectations as Apple’s CEO, I would be the first to let you know. Unfortunately, that day has come."
Steve Jobs, August 24th 2011

Dunia hari ini dikejutkan dengan berita kematian pengasas Apple iaitu Steve Jobs pada umur 56 tahun awal pagi ini. Hanya lebih sebulan yang lepas ketika melepaskan jawatannya sebagai CEO Apple, beliau telah menyatakan kenyataan di atas dalam surat perletakan jawatannya.

Daripada kenyataannya itu jelas menunjukkan bahawa seolah-olah beliau mengetahui yang masanya sudah terlalu hampir untuknya meninggalkan dunia ini selama-lamanya akibat penyakit kanser yang dihadapinya. Jawatan CEO yang dipegangnya dilepaskan kepada COO Apple iaitu Tim Cook manakala beliau masih kekal sebagai Pengerusi Lembaga Syarikat selain pengarah dan pekerja Apple sendiri.

Pada ketika iPhone 4S menjadi tumpuan bagi tempoh 24 jam yang lepas, laman web Apple.com hari ini mendedikasikan kepada Jobs sekeping gambar photo shoot menarik yang juga akan digunakan sebagai kulit muka depan buku Biografinya (ditulis oleh Walter Isaacson) yang dijadual dilancarkan pada bulan depan.

Jobs telah didiagnos menghidap kanser pada tahun 2004 serta menjalani pembedahan bagi mengubati penyakit tersebut. Dalam beberapa tahun selepas itu, penyakit tersebut telah memaksa beliau untuk berundur sementara sebagai CEO Apple. Beliau juga telah menjalani transplant hati pada tahun 2009 semasa beliau menjalani cuti sakit.

Walaubagaimanapun selepas beberapa lama berjuang berdepan penyakitnya, beliau telah kembali aktif dan menyambung tugasnya yang menakjubkan di Apple. Pada tahun 2007 beliau memperkenalkan iPhone dan seterusnya iPad pada tahun 2010. Beliau membuat kemunculan terakhir di pentas semasa Apple’s 2011 WWDC di San Francisco di mana dia telah memperkenalkan inovasi terkini Apple termasuk iOS5, OS X Lion dan iCloud.

Namun segala-galanya tampak berakhir buatnya apabila penyakitnya semakin melarat yang memaksa beliau meletakkan jawatannya terus sebagai CEO syarikat Apple yang diasaskan bersama sahabat beliau Wozniak. Hanya sehari selepas pelancaran model terbaru iPhone 4S (iPhone for Steve), beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan ditemani oleh keluarganya.

Artikel dipetik daripada http://myiphone2u.blogspot.com/2011/10/steve-jobs-dalam-kenangan-1955-2011.html