18 April 2011

Nikon D7000


Nikon memperkenalkan kamera lensa refleks tunggal digital (DSLR), Nikon D7000 untuk peminat fotografi amatur yang mementingkan kualiti dan mahu menghasilkan gambar bermutu setanding jurugambar profesional.

Dengan D7000 penggemar fotografi dapat memanfaatkan keseluruhan aplikasi yang mirip kepada kamera profesional. Kamera yang dijana dengan enjin EXPEED 2 ini mampu menghasilkan imej dalam definasi tinggi (HD) dengan 16 mega pixel. Ia dihasilkan di dalam format DX sensor imej dengan keupayaan merakam enam gambar sesaat (6 fps).

Nikon D7000 dicipta dengan keperluan ISO 100 hingga ISO 12,800. Ia amat sesuai untuk pengambaran dalam cahaya suram tanpa menggunakan sebarang lampu denyar (flash) manakala gambar yang dihasilkan dengan ISO paling tinggi tidak mengeluar bintik kasar (noise) seperti yang dibayangkan.

Kamera ini juga dilengkapi dengan dua ruang kad memori SDHC dan SDXC untuk rakaman yang banyak selain rakaman video dalam format HD penuh (full HD). Selain prestasi tingginya, harga yang ditawarkan amat berpatutan dan ianya juga boleh didapati dengan sebuah lensa kit AF-S DX Nikkor 18-105mm f/3.5-5.6G ED VR.

Sumber: Utusan Malaysia, Nikon Website.

P/s: I'm a nikonian.

0 comments:

Catat Ulasan