15 Julai 2010

Gula, Gas Memasak, Petrol, Diesel Naik Harga

Kabinet hari ini memutuskan harga gula diselaras sebanyak 25 sen sekilogram, harga petrol RON95 dan diesel 5 sen seliter dan gas memasak LPG sebanyak 10 sen sekilogram mulai esok (16 Julai 2010).

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyatannya sebentar tadi menyebut, harga petrol RON97 pula akan diapungkan secara terkawal.

"Kabinet membuat keputusan hari ini bahawa harga bahan api dan gula diselaraskan sebagai sebahagian program rasionalisasi subsidi kerajaan," kata kenyataan itu.

Ini bermakna, harga gula di pasaran mulai tengah malam ini akan dijual RM1.90 sekilogram, gas LPG RM1.85 sekilogram, petrol RON95 menjadi RM1.85 seliter dan diesel RM1.75 seliter.

“Meskipun harga bahan bakar dan gula di negara ini diselaraskan tetapi ia masih lagi yang paling rendah di rantau ini dan langkah tersebut akan menyumbang kepada usaha untuk mengurangkan defisit kewangan negara,” jelas Perdana Menteri.

Perdana Menteri berkata, langkah tersebut dibuat berdasarkan tiga perkara penting iaitu:

Pertama, semua subsidi itu tidak menepati sasaran iaitu memberi faedah kepada pihak yang tidak layak (warga asing dan rakyat berpendapatan tinggi).

Kedua, barangan bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti penyeludupan dan pada tahun lepas sahaja berdasarkan tangkapan yang dibuat, sebanyak 200 tan metrik gula cuba diseludup.

Ketiga, cara menggunakan bahan bakar dan gula perlu ditukar. Penggunaan berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan ia tidak menyumbangkan kepada usaha bagi melindungi alam sekitar.

“Dengan 40 peratus rakyat Malaysia berlebihan berat badan atau obes dan peningkatan jumlah penghidap diabetes, kita perlu menangani apa yang dilihat sebagai satu isu kesihatan.

“Mengurangkan pengunaan gula di kalangan anak-anak khususnya adalah langkah yang tepat,” kata Perdana Menteri.

Sumber: Berita Harian , Utusan Malaysia

P/s: Subsidi takkan kekal buat selamanya...

0 comments:

Catat Ulasan