01 Jun 2010

Rombakan Kabinet 2010


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan rombakan kabinet pertamanya setelah mengambil-alih teraju negara pada April tahun lalu.

Dalam pengumuman hari ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wee Jeck Seng digugurkan.

Beliau juga menamakan lima senator dan dua anggota parlimen sebagai timbalan menteri persekutuan yang baru.

Najib juga berkata semua pelantikan itu sudah mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong dan akan berkuatkuasa 4 Jun ini.

Berikut senarai menteri dan timbalan menteri baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini:
  1. Datuk Seri Kong Cho Ha - Menteri Pengangkutan (jawatan lama: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
  2. Datuk Wira Chor Chee Heung - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (jawatan lama: Timbalan Menteri Kewangan)
  3. Datuk Rohani Abdul Karim - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (jawatan lama: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani)
  4. Jelaing Mersat - Timbalan Menteri Pengangkutan (jawatan lama: Timbalan Menteri Dalam Negeri)
  5. Datuk Lee Chee Leong -  Timbalan Menteri Dalam Negeri (jawatan lama: Timbalan Menteri Luar)
  6. Senator Heng Seai Kie -  Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (jawatan lama: Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan)
  7. Senator Datuk G Palanivel - Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (pelantikan baru)
  8. Datuk Richard Riot Jaem (Ahli Parlimen Serian) -  Timbalan Menteri Luar Negeri (pelantikan baru)
  9. Chua Tee Yong (Ahli Parlimen Labis) - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (pelantikan baru)
  10. Senator Datuk Donald Lim Siang Chai - Timbalan Menteri Kewangan (pelantikan baru)
  11. Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz - Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (pelantikan baru)
  12. Senator Gan Ping Sieu - Timbalan Menteri Belia dan Sukan (pelantikan baru)
Sumber: Berita Harian & Malaysiakini 

1 ulasan:

  1. Tak de ke nama Nazri Aziz ditukar ke tempat lain? Rasa-rasa beliau tak sesuai di tempat sekarang ni. Amat mengecewakan.

    BalasPadam