22 Februari 2010

Untung pracukai TM tahun 2009 naik kepada RM921.6 juta

Keuntungan pracukai Telekom Malaysia melonjak kepada RM921.588 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2009 berbanding RM353.803 juta tahun sebelumnya.

TM turut mencatatkan Perolehan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Amortisasi (EBITDA) berjumlah RM3.1 bilion, meningkat 6.4 peratus daripada RM2.91 bilion.

TM juga mencatatkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) berjumlah RM643 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember lalu, meningkat 180.4 peratus berbanding tahun kewangan sebelumnya.

Bagaimanapun, pendapatan kumpulan merosot sebanyak 0.8 peratus kepada RM8.607 bilion berbanding RM8.675 bilion yang dicatatkan pada tahun kewangan sebelumnya, terutama disebabkan pendapatan yang rendah daripada Sistem Perkhidmatan Panggilan Kecemasan (MERS) 999 dalam tahun kewangan semasa.

"Jika tidak termasuk pendapatan daripada MERS 999, pendapatan tahun semasa boleh meningkat sebanyak 0.9 peratus berbanding tahun kewangan sebelumnya." kata TM dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Untung kendalian sebelum kos pembiayaan mengukuh 46 peratus kepada RM1.064 bilion ekoran kos kendalian yang rendah yang dicatatkan dalam tahun kewangan semasa dan tiadanya kerugian hasil pelupusan pelaburan ekuiti.

Sumber: Utusan Malaysia

P/s: Berapa la bonus staff TM tahun ni ye...

0 comments:

Catat Ulasan