18 Disember 2009

Malaysia Menang Emas Bolasepak Sukan Sea Laos 2009

SKUAD negara mengakhiri kemarau 20 tahun pingat emas dengan penuh bergaya selepas membenam keegoan Vietnam menerusi kemenangan tipis 1-0 pada perlawanan akhir acara bola sepak lelaki Sukan SEA, semalam.

Bagi anak-anak buah jurulatih, K. Rajagobal, mereka bukan sahaja berjaya membalas dendam kekalahan 1-3 di tangan Vietnam pada peringkat kumpulan lalu, malah menerima penghormatan menjadi sukan yang menyumbang pingat emas ke-40 buat kontinjen negara pada temasya kali ini.

Walaupun gol kemenangan disumbang jaringan sendiri pemain Vietnam, keseluruhannya skuad negara berjaya mempamerkan kerjasama sepasukan dan komitmen tinggi sehingga terhasilnya jaringan emas itu pada minit ke-83.

Sumber: Utusan Malaysia & Kosmo

P/s: Syabas diucapkan kepada skuad Malaysia kerana berjaya juga membawa balik pingat emas. Harga emas mahal sekarang nih..


0 comments:

Catat Ulasan