30 Disember 2009

Hukum Sambutan Tahun Baru Masihi

Beberapa jam sahaja lagi maka tahun 2010 akan menjelang. Seperti kebiasaannya di Malaysia, sambutan tahun baru akan diadakan di hampir setiap bandar besar. Akan tetapi apakah hukum sambutan tahun baru masihi ini dari segi syariat Islam?

Menurut satu pendapat, ianya adalah harus. Hukum harus ini bersyarat, antaranya ialah sambutan atas dasar uruf atau adat dan bukannya dianggap sebagai satu bentuk perayaan keagamaan. Sambutan juga perlu dihindari daripada sebarang bentuk hiburan ataupun perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam.

Pendapat yang lain menyatakan bahawa sambutan tahun baru masihi adalah haram. Sambutan tahun baru tidak memberi apa-apa makna dalam Islam dan tidak perlulah mengagungkannya. Sambutan tahun baru yang sebenarnya ialah termasuk dalam salah satu perayaan Kristian yang meraikan kelahiran Tuhan Jesus (Tuhan anak dalam Kristian). Oleh itu, sambutan tahun baru ini sama sekali bertentangan dengan syariat Islam dan bersifat syirik.

Sebagai umat Islam yang mengakui keimanan kita terhadap Allah dan RasulNya, kita hendaklah sedar bahawa tidak ada istilah tahun baru dan tahun lama kerana tanggungjawab kita ialah sentiasa patuh kepada perintah Allah tidak kira masa, bermula kita mencapai umur baligh sehinggalah kita masuk ke dalam lubang kubur.

Firman Allah S.W.T:

"Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin*"
(Al -Hijr, ayat 99)

*Perkara yakin di sini bermaksud kematian. Setiap yang hidup pasti akan melalui kematian.

Sabda Rasulullah S.A.W:

“Sesungguhnya bagi setiap kaum (agama) ada perayaannya dan hari ini (Eidul adha) adalah perayaan kita".
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sekian, wallahu'alam.

Sumber rujukan dan bacaan lanjut:
  • Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran, JAKIM, Cetakan ke 12 (1422H/2001M)
  • http://www.zaharuddin.net/content/view/284/89/
  • http://www.tranungkite.net/lama/d01/warta1311.htm
  • http://halaqah.net/v10/index.php?action=printpage;topic=5994.0
  • http://demiislam.blogspot.com/2009/01/tahun-baru-khalifah-hadhari-tidak.html

0 comments:

Catat Ulasan