31 Disember 2009

Harga Gula Naik 20 Sen Bermula 1 Januari 2010

PUTRAJAYA 31 Dis. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen mulai pukul 12 tengah malam ini.

Ini bermakna harga baru gula di Semenanjung mulai esok ialah RM1.65 sekilogram berbanding RM1.45 sebelum ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Mohd. Zin Mohd. Dom pada sidang akhbar di sini hari ini. -Utusan

Sumber: Utusan Malaysia

P/s: Kurangkanlah gula dalam pemakanan anda.

30 Disember 2009

Hukum Sambutan Tahun Baru Masihi

Beberapa jam sahaja lagi maka tahun 2010 akan menjelang. Seperti kebiasaannya di Malaysia, sambutan tahun baru akan diadakan di hampir setiap bandar besar. Akan tetapi apakah hukum sambutan tahun baru masihi ini dari segi syariat Islam?

Menurut satu pendapat, ianya adalah harus. Hukum harus ini bersyarat, antaranya ialah sambutan atas dasar uruf atau adat dan bukannya dianggap sebagai satu bentuk perayaan keagamaan. Sambutan juga perlu dihindari daripada sebarang bentuk hiburan ataupun perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam.

Pendapat yang lain menyatakan bahawa sambutan tahun baru masihi adalah haram. Sambutan tahun baru tidak memberi apa-apa makna dalam Islam dan tidak perlulah mengagungkannya. Sambutan tahun baru yang sebenarnya ialah termasuk dalam salah satu perayaan Kristian yang meraikan kelahiran Tuhan Jesus (Tuhan anak dalam Kristian). Oleh itu, sambutan tahun baru ini sama sekali bertentangan dengan syariat Islam dan bersifat syirik.

Sebagai umat Islam yang mengakui keimanan kita terhadap Allah dan RasulNya, kita hendaklah sedar bahawa tidak ada istilah tahun baru dan tahun lama kerana tanggungjawab kita ialah sentiasa patuh kepada perintah Allah tidak kira masa, bermula kita mencapai umur baligh sehinggalah kita masuk ke dalam lubang kubur.

Firman Allah S.W.T:

"Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin*"
(Al -Hijr, ayat 99)

*Perkara yakin di sini bermaksud kematian. Setiap yang hidup pasti akan melalui kematian.

Sabda Rasulullah S.A.W:

“Sesungguhnya bagi setiap kaum (agama) ada perayaannya dan hari ini (Eidul adha) adalah perayaan kita".
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sekian, wallahu'alam.

Sumber rujukan dan bacaan lanjut:
  • Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran, JAKIM, Cetakan ke 12 (1422H/2001M)
  • http://www.zaharuddin.net/content/view/284/89/
  • http://www.tranungkite.net/lama/d01/warta1311.htm
  • http://halaqah.net/v10/index.php?action=printpage;topic=5994.0
  • http://demiislam.blogspot.com/2009/01/tahun-baru-khalifah-hadhari-tidak.html

28 Disember 2009

Computer Mouse

Mouse (tetikus) yang kita pakai sekarang ni rupa-rupanya dah berusia 4 dekad.
Douglas Engelbart telah mencipta mouse yang pertama pada 9 Disember 1968.









Mouse sekarang dah canggih.. boleh pakai cordless (wireless atau bluetooth) dan boleh berfungsi atas semua permukaan termasuk kaca.



Sumber:
  • http://en.wikipedia.org/wiki/Mouse_(computing)
  • http://www.wired.com/gadgets/miscellaneous/multimedia/2008/12/gallery_40_years_mouse?slide=1&slideView=5
  • http://www.pcworld.com/article/155353/40_years_of_the_mouse.html

18 Disember 2009

Malaysia Menang Emas Bolasepak Sukan Sea Laos 2009

SKUAD negara mengakhiri kemarau 20 tahun pingat emas dengan penuh bergaya selepas membenam keegoan Vietnam menerusi kemenangan tipis 1-0 pada perlawanan akhir acara bola sepak lelaki Sukan SEA, semalam.

Bagi anak-anak buah jurulatih, K. Rajagobal, mereka bukan sahaja berjaya membalas dendam kekalahan 1-3 di tangan Vietnam pada peringkat kumpulan lalu, malah menerima penghormatan menjadi sukan yang menyumbang pingat emas ke-40 buat kontinjen negara pada temasya kali ini.

Walaupun gol kemenangan disumbang jaringan sendiri pemain Vietnam, keseluruhannya skuad negara berjaya mempamerkan kerjasama sepasukan dan komitmen tinggi sehingga terhasilnya jaringan emas itu pada minit ke-83.

Sumber: Utusan Malaysia & Kosmo

P/s: Syabas diucapkan kepada skuad Malaysia kerana berjaya juga membawa balik pingat emas. Harga emas mahal sekarang nih..


07 Disember 2009

06 Disember 2009

The Storm Warriors


Akhirnya selepas 10 tahun lebih baru lah muncul sekuel selepas "The Storm Riders".. dengan hero yang sama.. tak nampak tua pon pakcik 2 orang nih..
Apasal la lama betul baru nak keluar sekuel..

Official Website:
http://www.thestormwarriors.com/

Wiki site:
http://en.wikipedia.org/wiki/The_Storm_Warriors

Movie Trailer:





"The return of Wind and Cloud is worthless." - Lord Godless.
Ye ke worthless?