30 November 2009

Lapah Lembu Korban - Aidiladha 1430H

Lembu yang bakal dikorbankan.. tengah mengaru-garu kat dahan pokok.. gatal kot..


Tuan punya lembu.. Pok Mat.. katanya harga lembu ni RM2000 lebih.. hok lebih tu berapa RM wallahu'alam..


Proses akad jual beli lembu sebelum disembelih.. bukan akad nikah ye tuan-tuan dan puan-puan..


Bukan senang mahu jerut tali kat kaki lembu ni.. kalau orang yang dah berpengalaman.. sorang je dah cukup.. yang lain tak payah menyibuk nanti kena penyepak free lembu tu.. Alhamdulillah proses mengikat & menumbangkan lembu tu berlangsung dalam suasana tenang & lembu pun tak naik minyak.. Lembu beriman kot.. Wallahu'alam..


Dah siap disembelih oleh tukang sembelih yang tak asing lagi di kampung ni.. Poksu Kodin.. Dah tak ramai dah tukang sembelih berpengalaman kat kampung sekarang ni.. ramai yang dah dijemput Ilahi..


Lembu yang disahkan sudah mati disebabkan sembelihan mengikut syarak.. maka boleh dilapah dengan seberapa segera.. kalau tak, ditakuti tertinggal solat Jumaat. (Hari Raya Aidiladha 1430H jatuh pada hari Jumaat)

Gambar-gambar semasa melapah tidak sempat diambil kerana yang empunya handphone semua tengah sibuk melapah.. nanti dah bau darah lembu kat handphone tu susah pula nak pergi cuci.. handphone pun harga sama dengan separuh harga lembu tu.. miahahaha...

Sekian melaporkan. Wasallam.


1 ulasan:

  1. boley la gadai hp buat beli lembu....wakikikikih!

    BalasPadam