25 Oktober 2009

Kelantan ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2009

Selepas diikat 1-1 oleh KL Plus pada suku akhir pertama di tempat lawan, Kelantan mempamerkan corak permainan lebih bertenaga semalam untuk menang 3-0 di Stadium Sultan Muhammed IV.

Skuad Kijang membenam cabaran pasukan pelawat melalui gol jaringan Indra Putra Mahyuddin (m-13) dan Mohd. Norfarhan (m-76, 79).

Kali terakhir Kelantan membuat penampilan pada final Piala Malaysia ialah pada 39 tahun lalu. Kemenangan 3-0, ke atas pasukan KL Plus malam tadi sekali gus menepati ramalan untuk pasukan Red Warriors melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia musim ini.

Kelantan akan menentang pasukan Perlis yang berjaya menewaskan Johor FC 2-0 (agg. 4-1) pada 27 Oktober nanti di Kota Bharu sebelum berkunjung ke Kangar untuk separuh akhir kedua pada 31 Oktober nanti.

Sumber:

23 Oktober 2009

Intipati Bajet 2010

Berikut ialah intipati bajet sulung YAB Dato' Sri Najib Razak, Bajet 2010 '1Malaysia, Kemakmuran Bersama':

1. Peruntukan wang berjumlah RM191.5 bilion yang meliputi RM138.3 bilion (72.2 peratus) untuk belanja mengurus dan RM53.2 bilion (27.8 peratus) untuk belanja pembangunan.

2. Bayaran khas RM500 kepada penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada bulan Disember ini.

3. Peningkatan pengecualian cukai pendapatan kepada penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus sebagai galakan untuk menarik lebih ramai pelancong kesihatan.

4. Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

5. Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.

6. Subsidi, insentif dan bantuan hampir RM2 bilion untuk membela nasib golongan petani dan nelayan.

7. Peruntukan lebih RM9 bilion untuk projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut serta projek lapangan terbang.

8. Peruntukan tambahan RM20 juta di bawah Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk usahawan kecil kaum India (Peruntukan sedia ada RM15 juta).

9. Peruntukan RM3 juta sebagai geran pelancaran penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian.

10. Peruntukan tambahan RM20 juta untuk memberi pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan sasaran 20 buah sekolah pada 2010.

11. Menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia.

12. Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.

13. Diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar bermula 1 Jan, 2010.

14. Pakej "netbook", termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.

15. Peruntukan RM100 juta bagi pelaksanaan Program PERMATA, yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara bersepadu dan terancang.

16. Perlindungan insurans dan takaful mikro untuk peniaga kecil-kecilan mendapat manfaat perlindungan dalam lingkungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.

17. Menubuhkan 14 lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah.

18. Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yang diberi percuma dan cukai pendapatan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan mulai 1 Jan, 2010.

19. Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan setiap kementerian dan jabatan diberi peruntukan RM200,000 untuk penubuhannya.

20. Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus berkuatkuasa tahun taksiran 2010.

21. Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000.

22. Hampir 50,000 isi rumah miskin tegar yang berdaftar di bawah program eKasih dan 4,000 isi rumah Orang Asli yang telah dikenal pasti akan dibantu untuk mencapai matlamat sifar kemiskinan tegar. Peruntukan RM41 juta untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli.

23. Peruntukan RM48 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan bandar meliputi bantuan kebajikan dan program bayaran sewa rumah dan Kementerian Wilayah Persekutuan ditukarkan nama kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
24. Penyediaan 74,000 rumah kos rendah oleh Jabatan Perumahan Negara untuk disewa pada tahun 2010.

25. Pelancaran skim KWSP pada Januari 2010 bagi membolehkan pencarum mendapatkan jumlah pembiayaan lebih besar bagi pembelian rumah yang bernilai lebih tinggi atau bagi pembelian rumah tambahan.

26. Peruntukan RM224 juta kepada OKU untuk bantuan, melaksanakan Program Pemulihan Dalam Komuniti dan peruntukan RM174 juta untuk warga emas.

27. Kadar elaun kanak-kanak OKU di sekolah pendidikan khas kelolaan NGO dinaikkan daripada RM50 kepada RM150 sebulan bagi setiap orang mulai 1 Jan 2010.

28. Penubuhan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang diuruskan oleh KWSP.

29. Potongan caruman pekerja KWSP dinaikkan semula ke kadar 11 peratus secara sukarela berkuat kuasa serta-merta.

30. Membina jalan luar bandar sepanjang 510km dan jalan kampung sepanjang 316km dengan peruntukan RM857 juta termasuk jalan di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah.

Sumber: MalaysiaKini

18 Oktober 2009

17 Oktober 2009

11 Oktober 2009

BN Menang di Bagan Pinang, Majoriti Lebih Besar

BN mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Negeri Sembilan setelah calonnya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi dalam satu pilihan raya kecil hari ini.

Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula meraih hanya 2,578 undi.

Pada pilihan raya umum 2008, rekod terburuk BN, parti pemerintah itu hanya meraih majoriti 2,333 undi.

Pada pilihan raya umum sebelumnya, prestasi BN yang paling baik sejak merdeka, ia memperolehi 4,411 undi.

Kejayaan BN menggandakan jumlah majoriti kali ini berjaya menebus maruah parti itu yang selama ini tercalar akibat kegagalan memenangi sebarang pilihan raya kecil di Semenanjung sejak sembilan kali ia diadakan.

Sumber: Malaysiakini & Utusan Malaysia.

08 Oktober 2009

Murtabak Raja



Pertama kali merasa Murtabak Raja ini masa balik berpuasa hari tu. Sungguh sedap. Dalam banyak-banyak murtabak, Murtabak Raja inilah yang paling sedap pernah dirasa. Kalah semua murtabak yang ada kat bazar Ramadhan hari tu. Saiznya amat besar dan tebal. Sekeping dalam 5 atau 6 orang sekali makan.

Murtabak Raja berintikan daging ayam atau daging lembu beresipikan Rempah Raja tradisional Kelantan disaluti dengan telur dan bawang bergred tinggi. Boleh dihidangkan dengan acar bawang tradisional dan salad pilihan anda atau hirisan telur rebus sebagai hidangan sampingan,sarapan,makan tengahari atau makan malam.

Ia merupakan murtabak yang mempunyai ciri-ciri istimewa diilham khas bagi hidangan kerabat Di Raja Kelantan pada tahun 1950an. Pada zaman dahulu, makanan ini hanya boleh dinikmati oleh kerabat Di Raja sahaja kerana harganya yang mahal dan proses pembuatannya sangat rumit dan dibuat dengan menggunakan tangan.

Untuk maklumat lanjut boleh baca di sini:
http://www.murtabakraja.com/

Artikel mengenai Murtabak Raja Kelantan dalam Utusan Malaysia:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_03.htm

P/s: Terasa macam Kerabat Sultan Kelantan pula masa makan murtabak ni..

05 Oktober 2009

Taman Melawis



Tengah hari tadi ada ex-housemate semasa jadi student di MMU, Bukit Beruang, Ayer Keroh, Melaka.. Dia mesej menerusi YM satu url Mudah dot MY..

http://www.mudah.my/Taman-Melawes-Bukit-Bruang-4044844.htm

Rumah ini owner nya nak jual. Rumah ini lah yang menjadi tempat sewa kami di MMU Melaka selama 4 tahun lebih. Banyak kenangan pahit manis semasa menjadi warga Taman Melawis, Bukit Beruang..

P/s: Dah lama tak turun Melaka.