10 September 2009

Bayar Zakat Fitrah


Alhamdulillah.. telah selamat menunaikan pembayaran zakat fitrah untuk tahun ini. Kadar zakat fitrah di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah RM7.00.

Firman Allah Ta'ala: "Sesungguhnya berjayalah orang yang berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh); dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya, serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyu')." (Ayat 14 dan 15, Surah al-A'la.)

Ibnu Umar meriwayatkan: "Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum." (Hadis Riwayat Imam Muslim, no. 935, Jilid 2, halaman 169.)

0 comments:

Catat Ulasan