16 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H

Saya sebagai tuan punya blog dengan ini mengucapkan kepada semua Muslimin dan Muslimat..

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin


Berhati-hati di jalanraya.. Jangan main mercun.. Jangan makan terlalu banyak nanti sakit perut.. apa lagi ye.. lu pikir lah sendiri..

Wasallam.
(Cuti 16 Sep 2009 - 28 Sep 2009)

P/s: Sempena Hari Raya ini tuan punya blog ingin berkongsi nostalgia 2 iklan raya yang disiarkan sekitar hujung 80an - awal 90an.. Raya je mesti ada iklan nih.. Ingat tak.. Tu pon kalau korang dah lahir time tuh. Kalau ingat la.. hakhakkk...

15 September 2009

14 September 2009

Kisah malam Lailatul Qadar


"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil! Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib!

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud.. fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar.... " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu diorang angkat letak kat tanah.. Bodoh.. " sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti Hari Raya.

>>> Jangan marah ye.. cerita adalah rekaan semata - mata.. tiada kena mengena dengan yg masih hidup ataupon sudah mati.. miahahhaa..

Dipetik daripada blog Isuhangat.

(Terbitan asal 11 September 2008)

13 September 2009

12 September 2009

11 September 2009

Indahnya Hidup Bersyariat


Buku yang sedang dibaca sekarang.. ditulis oleh Ustaz Dato' Ismail Kamus. Terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Sinopsis:

Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.
Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step-by-step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik.

Wallahu'alam.

10 September 2009

Bayar Zakat Fitrah


Alhamdulillah.. telah selamat menunaikan pembayaran zakat fitrah untuk tahun ini. Kadar zakat fitrah di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah RM7.00.

Firman Allah Ta'ala: "Sesungguhnya berjayalah orang yang berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh); dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya, serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyu')." (Ayat 14 dan 15, Surah al-A'la.)

Ibnu Umar meriwayatkan: "Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum." (Hadis Riwayat Imam Muslim, no. 935, Jilid 2, halaman 169.)

09 September 2009

Shopping Raya

Pergi shopping di sekitar Jalan TAR
(SOGO, Kompleks Pertama, Kompleks Campbell, Jalan Masjid India)
Shopping sampai lebam kaki. Punya lah ramai manusia.

Apa yang dibeli? Baju kemeja, kasut Camel, kopiah putih Haji Abdul (yang ada logo Allah & Muhammad tu), baju melayu sepasang Sri Tanjung, dan apa lagi ye.. dah lupa. Kena check resit balik. Hakhakhakkk..







Datuk Seri Najib Tun Razak sengih je tengok rakyat berbelanja di Jalan Masjid India. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Muehehehee..

06 September 2009