25 Ogos 2009

PAS Menang di Permatang Pasir, Majoriti Menurun

PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.

Sumber: MalaysiaKini

P/s: Yang menang tu boleh jadi pak imam solat terawih malam ni. Yang kalah tu boleh jadi yang berselawat.. Sallallahhh.. Wasallam Alaihiiii.. Pada bulan Ramadhan yang mulia ini marilah memperbanyakkan amalan & eratkan hubungan silaturrahim tak kira anda daripada parti mana. Wasallam.

0 comments:

Catat Ulasan