14 Julai 2009

PAS Menang di Manik Urai, Majoriti Nyawa Ikan

Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan, menang dengan majoriti "nyawa-nyawa ikan" sebanyak 65 undi.

PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Pengumuman mengenai keputusan pilihan raya kecil itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin jam 8.56 malam tadi di pusat penamaan calon di Dewan Petra, Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1, di sini.

Sumber: Malaysiakini, Utusan Malaysia, Berita Harian.

P/s: tak pasti majoriti nyawa-nyawa ikan tu ikan apa, sama ada ikan emas atau ikan gapi mahupun ikan arowana.

1 ulasan: