Tuan punya blog akan bercuti & balik kampung pada 30.05.2009 - 07.06.2009.Bye-bye kota raya Kuala Lumpur yang padat dan sesak (untuk seketika sahaja.. bukannya lama pun.. dah lama tak cuti panjang ni.. sempena cuti sekolah.. patut pejabat pun kasi cuti jugakkk.. )
Bye-bye akuarium (tak perlu risau sebab ada auto timer, auto feeder, chiller.. harap-harap tak blackout..)
Bye-bye capaian internet (kat hometown line Streamyx tak berapa cun.. tapi signal 3G ada.. )
Bye-bye laptop (tapi laptop pon bawa balik juga.. macam mana nak bye-bye kalau gitu.. mesti nak on juga laptop tu.. )
Bye-bye urusan kerja (tapi handset tak boleh off, kot-kot ada bos mahu call.. cuti pun kena pikir pasal kerja ke bang.. )
Apa-apa pun, tuan punya blog turut mengucapkan selamat bercuti kepada pembaca-pembaca yang sama bercuti sempena musim sekolah & musim kenduri kendara ini. Wasallam.
(p/s: Baki cuti ada 25 hari lagi.. boleh habis ke tak ni..)
![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)










0 comments:
Catat Ulasan