28 Mei 2009

Balik Kampung

Tuan punya blog akan bercuti & balik kampung pada 30.05.2009 - 07.06.2009.

Bye-bye kota raya Kuala Lumpur yang padat dan sesak (untuk seketika sahaja.. bukannya lama pun.. dah lama tak cuti panjang ni.. sempena cuti sekolah.. patut pejabat pun kasi cuti jugakkk.. )

Bye-bye akuarium (tak perlu risau sebab ada auto timer, auto feeder, chiller.. harap-harap tak blackout..)

Bye-bye capaian internet (kat hometown line Streamyx tak berapa cun.. tapi signal 3G ada.. )

Bye-bye laptop (tapi laptop pon bawa balik juga.. macam mana nak bye-bye kalau gitu.. mesti nak on juga laptop tu.. )

Bye-bye urusan kerja (tapi handset tak boleh off, kot-kot ada bos mahu call.. cuti pun kena pikir pasal kerja ke bang.. )

Apa-apa pun, tuan punya blog turut mengucapkan selamat bercuti kepada pembaca-pembaca yang sama bercuti sempena musim sekolah & musim kenduri kendara ini. Wasallam.

(p/s: Baki cuti ada 25 hari lagi.. boleh habis ke tak ni..)

22 Mei 2009

Alyah - Tak Mungkin Kerana Sayang


Judul: Tak Mungkin Kerana Sayang
Penyanyi: Alyah
Lagu: Ajai
Lirik: Habsah Hassan

Setiba di persimpangan
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

[Chorus]
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali sekala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

[Chorus]
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

[Chorus]
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Tak mungkin kerana sayang
Hanya kadangkala aku terkenang




17 Mei 2009

Detoks


Aktiviti hujung minggu lepas.. mendetokskan diri.. Macam biasalah, bila dah pekena teh detoks seperti di atas, dalam tempoh 5 atau 6 jam.. tak perlu pikir lain, pikir nak ke jamban je.. miahahahaha.. mujarab sungguh..

Apakah itu detoks?

Detoksifikasi atau detoks (English: detox) adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.

Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan. Ia adalah hampir mustahil untuk kita mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja - dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman. Kita juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.

Badan kita sememangnya berfungsi secara automatik untuk membuang toksin melalui dua organ eliminasi – sistem pencernaan dan organ hati. Seperti organ-organ lain, ia memerlukan sokongan dan rehat dari semasa ke semasa supaya ia boleh terus berfungsi dengan optima. Cara hidup kini memberikan banyak tekanan ke atas sistem detoksifikasi badan kita.

Apabila badan kita tidak mampu lagi mengatasi beban toksin berlebihan, toksin-toksin ini (kebanyakan adalah larut lemak) mula berkumpul dalam tisu-tisu lemak seperti selulit, otak dan kelenjar hormon di mana ia boleh bertimbun bertahun lama.

Antara simptom-simptom kesihatan yang dikaitkan dengan pengumpulan toksin:
  • Sering keletihan, kurang bertenaga, sakit kepala
  • Insomnia (masalah tidur), mata gelap
  • Daya ingatan dan tumpuan yang lemah, rasa cemas
  • Alahan, masalah sinus, sistem imun yang lemah
  • Masalah sistem pencernaan – sembelit, kembung perut
  • Masalah sendi
  • Masalah kulit – jerawat, eczema
  • Selulit, kenaikan berat badan, Tanda-tanda penuaan awal
Kajian sains juga telah menghubungkaitkan toksin alam sekitar dengan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser, masalah reproduksi, penyakit jantung, asma dan penyakit Alzheimer.

Terdapat banyak produk detoks di pasaran. Kunjungi farmasi berdekatan atau mintalah nasihat daripada doktor.

14 Mei 2009