31 Mac 2009

Bahana April Fool

Tiada satupun fakta sahih yang dapat memperihalkan secara terperinci apakah itu April Fool dan susur galur sejarahnya. April Fool secara amnya adalah hari dimana perbuatan memperolok-olok sesiapa sahaja menjadi teras sambutannya. Sekiranya terperangkap mempercayai penipuan tersebut maka ejekan April Fool akan diberi kepada mangsa. Dalam erti kata lain April Fool boleh disebut sebagai ‘hari menipu’. Mungkin ada yang berkata perbuatan memperolok-olok itu hanya sekadar gurauan. Tetapi apakah gurauan itu dibenarkan dalam Islam?

Terdapat pelbagai sejarah mengenai sambutan ‘hari penipuan’ atau April Fool ini. Yang menarik dewasa ini terdapat banyak sebaran mengatakan ianya adalah bersempena penghapusan dan penipuan keatas umat Islam di Sepanyol suatu masa dahulu dan sebagainya. (Cari di Google untuk mendapat maklumat lanjut.)

Walau apapun, Islam mendidik umatnya agar sentiasa mengamalkan perlakuan jujur dan menjauhi sikap suka menipu. Allah berfirman di dalam al-Quran:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar."
(at-Taubah 9:119)

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Sesiapa yang menipu bukanlah ia dari kalangan kami."
(Sahih Muslim – No:101)

"Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

"Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda S.A.W: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Sumber rujukan artikel & bahan bacaan lanjut:

*** Bahananya bagi aku ialah petang tadi terpaksa balik lambat sikit dari pejabat untuk melakukan 'patch' & update antivirus definition kepada berbelas-belas Windows Server (2000 & 2003) yang dipertanggungjawab kepadaku, atas arahan pihak atasan IT. Alasan terpenting untuk aktiviti tersebut ialah untuk mengelakkan serangan virus DOWNAD/Conficker Worm yang dijangka merebak besar-besaran pada 1 April nanti. Memang betul-betul fool!

Rujukan:

30 Mac 2009

Ayam Turun Harga


Dipetik daripada Utusan Malaysia:

Harga ayam turun lagi esok

30/03/2009 6:47pm

KUALA LUMPUR 30 Mac — Harga ayam pedaging akan turun lagi sebanyak 30 sen sekilogram di seluruh negara mulai esok, pengumuman kedua penurunan harga selepas yang pertama pada Khamis lepas.

Pengerusi Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia Kwei Yew Tong berkata harga ayam ladang turun daripada RM3.30 kepada RM3 sekilogram, harga borong daripada RM4 kepada RM3.70 sekilogram dan harga runcit daripada RM4.70 kepada 4.40 sekilogram.

Harga borong ayam bersih akan turun daripada RM4.70 kepada RM4.35 sekilogram sementara harga runcit ayam bersih dengan betis, kepala, hati dan hempedal turun daripada RM5.55 kepada RM5.20 sekilogram.

Dalam kenyataan beliau di sini hari ini menyatakan bahawa harga runcit ayam bersih tanpa betis, kepala, hati dan hempedal turun daripada RM6.90 kepada RM6.50 sekilogram.

Katanya harga ayam turun disebabkan bekalan ayam berlebihan di Semenanjung Malaysia berikutan dengan kegawatan ekonomi.

Beliau berharap pengguna mengambil peluang dengan penurunan harga ini agar membeli lebih banyak ayam untuk mengurangkan bekalan berlebihan. Bagaimanapun penurunan harga ini hanya bagi ayam pedaging untuk kegunaan tempatan dan bukan untuk eksport.


*** Harga nasi ayam turun ke tak? Nasi goreng ayam? Ayam golek Pantai Dalam? KFC?

(Gambar sekadar hiasan semata-mata).

28 Mac 2009

Bekerja dari Rumah

Dipetik daripada Utusan Malaysia:

Kakitangan TM bekerja dari rumah

KUALA LUMPUR 27 Mac - Telekom Malaysia Bhd. (TM) merancang untuk melaksanakan sistem bekerja dari rumah untuk sebilangan kakitangannya sebagai salah satu langkah mengurangkan kos operasi.

Selain mengurangkan kos, sistem bekerja dari rumah juga didapati lebih menjimatkan masa, meningkatkan keberkesanan kerja dan juga hubungan kekeluargaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Zamzamzairani Mohd. Isa berkata, pihaknya masih memerlukan tempoh sebulan untuk melihat keberkesanan pelaksanaan itu.

TM juga mengarahkan setiap ketua jabatan memberi kertas cadangan dan maklum balas mengenai konsep tersebut.

Ketua-ketua jabatan itu juga, jelas beliau, dikehendaki membuat percubaan sistem itu dengan memilih beberapa kakitangan di bawah pengurusan masing-masing.

''Ini merupakan projek perintis yang membolehkan syarikat meningkatkan keberkesanan kerja kakitangan selain mengurangkan kos operasi,'' katanya.


** Huh syoknya kalau aku hari-hari buat kerja secara remote dari rumah...


24 Mac 2009

18 Mac 2009

13 Mac 2009

10 Mac 2009

03 Mac 2009

02 Mac 2009

Francisca Peter - Aku Hanya Pendatang

Lagu: Manan Ngah
Lirik: Habsah Hassan
Artis: Francisca Peter

Aku bagai seorang pendatang
Ke sempadan yang mengasingkan
Sedang dulu di sini aku bermesra denganmu

Kedatangan tiada sambutan
Dan senyuman tiada balasan
Langkah kaki sampai di sini terhenti

( korus )
Ku mencari
Kembali pohon hijau nan rendang
Di situlah kita berteduh
Dan sungainya
Bertali arus air mengalir
Bagai takkan berakhir
Dijadikan perlambangan
Tanda setianya percintaan
Dua insan

Perjalanan di tanah gersang
Tanpa sungai dan pohon rendang
Kau dan aku demikian diibaratkan