Maaf Zahir Batin

Lagipon Pak Lah suruh ubah gaya hidup.. miahaha...
Wasallam.
(Cuti 25.09.2008 - 05.10.2008)

Turun lagi sebanyak 10 sen sahaja..
Sempena nak balik raya kot..
Ke sempena Lailatul Qadar.. Wallahu'alam..
Kena tanya Pak Lah la tuh..
Mujur la balik kampung besok pagi..
Dipetik daripada Utusan Malaysia...
KUALA LUMPUR 24 Sept. - Kerajaan mengumumkan harga runcit petrol RON97 dan 92 dikurangkan sebanyak 10 sen iaitu daripada RM2.55 kepada RM2.45 seliter dan RM2.50 kepada RM2.40 seliter, berkuat kuasa mulai esok.
- Utusan
[Read more / Baca selanjutnya]
Sedar tak sedar Smallville Season 8 (latest) telah ke udara di US (CWTV).. kali ni tanpa watak utama Lex Luthor (yang dah bosan ngan Smallville & tak mahu sambung ke season 8).. serta watak Lana Lang (bosan juga kot dah tanak sign contract). Walau bagaimanapun mereka tetap ada sekali sekala dalam beberapa episod sebagai pelakon undangan (Special Guest Star).
Masa untuk mendownload.. miahahaha.. nak harapkan keluar kat TV3??? mintak maap laa.. jenuh mau tunggu...
Di bawah ini dipetik daripada Wikipedia: Smallville (Season 8)
Season eight of Smallville, an American television series, began airing on September 18, 2008. This is the third season to air on the CW television network. Season eight regular cast members include Tom Welling, Allison Mack, Erica Durance, Aaron Ashmore, along with new series regulars Cassidy Freeman, Sam Witwer, and Justin Hartley. Following the end of season seven, it was announced the series regulars Kristin Kreuk and Michael Rosenbaum, who had been with the show since the first episode, would not return as regulars for the eighth season, while Laura Vandervoort and John Glover departed the series alongside Kreuk and Rosenbaum; Glover was killed off in season seven's "Descent", while Vandervoort was written out of the series after one season.



Beberapa hari lepas dapat email daripada Menara TM Management Unit.. pasal ada seorang suspek yang dicurigai telah menceroboh tingkat 18 Menara TM dan juga tingkat 10 TM Annexe 1 (bangunan sebelah Menara TM).
Dengar2 cerita ada satu staff ni telah kehilangan hensetnya (yang mahal) dalam opis... hilang tu masa tengah charge.. Kawan seopisnya hampir kehilangan notebook tapi tak sempat diambil oleh suspek tersebut (masa away dia realise lepas dia balik.. notebook dah bertutup rapat & charger dah unplugged drp power socket).
Bulan puasa pon nak mencuri. Insaf lah wahai ummat. Miahahaha...
Jikalau anda terserempak dengan suspek tersebut (klik gambar untuk saiz sebenar) sila lah berhubung dengan mana2 staff TM yang berhampiran.
Sekian melaporkan.

Wah.. Pak Najib pon dah join the club.. lepas Che Det.. Pak Lah.. Khir Toyo.. sapa lagi... hmmm....
Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/89862
Najib lancar laman web peribadi Sep 17, 08 6:09am
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan laman web peribadinya www.1Malaysia.com.my supaya anggota masyarakat dapat berdialog secara terus dengan beliau sebagai timbalan perdana menteri. Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Timbalan Perdana Menteri, laman web itu diharapkan dapat menyediakan satu forum bagi semua rakyat Malaysia untuk bertukar pandangan mengenai isu-isu penting di samping menggalakkan pencapaian matlamat bersama dan mengetengahkan kepelbagaian unik negara. Najib dalam kenyataan itu berkata beliau merasa bimbang melihat ada pihak-pihak tertentu yang berusaha merenggangkan hubungan antara komuniti dalam negara bagi tujuan politik serta kepentingan peribadi. Sehubungan itu, katanya, www.1Malaysia.com.my diharapkan dapat menjadi portal di mana anggota masyarakat boleh terbabit secara terus dalam dialog yang terbuka dan ikhlas, secara terus dengan beliau sebagai timbalan perdana menteri.

Disertakan huraian Solat Witir, kaedah dan kafiatnya sebagai panduan beramal di bulan Ramadan yang mulia ini. Untuk makluman dan tindakan kita bersama.
Witir itu maknanya ganjil, yakni tidak genap bilangan rakaatnnya. Solat witir ini boleh dilakukan secara bersaorangan atau berjemaah. Solat witir adalah solat sunat Muakkadah yang dianjurkan dan digalakkan sangat oleh Rasulullah SAW, seperti keterangan hadis yang bermaksud:
"Sesungguhnya solat witir itu bukanlah wajib sepertimana solat-solat yang difardukan. Hanya Rasulullah SAW setelah mendirikan solat witir, pernah bersabda " Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah solat witir, sebab Allah itu witir ( Maha Esa ) dan suka sekali kepada yang witir. ………………… ( HR. Ahmad)
Mengikut fahaman hadis diatas, bahawa solat witir itu mengandungi beberapa keutamaan, umpamanya:

Sila baca di:
Debat Tudung Muslimah: Bidasan Terhadap Raja Petra Malaysiatoday
Artikel sangat panjang, penjelasan sungguh detail dan dijelaskan secara berhikmah oleh Ustaz Zaharuddin.
(Nota: Raja Pete yg dimaksudkan dalam tulisan tersebut merujuk kepada Raja Petra Kamarudin. Digunapakai juga gelaran tersebut oleh Anwar Ibrahim).
KUALA LUMPUR 12 Sept.- Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin ditahan polis di kediamannya di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini pada pukul 1.10 petang ini.
Menurut sumber polis, beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berhubung beberapa artikel dan komentar pembaca pada laman web itu yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Pada 5 Ogos lalu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama tiga lagi agensi Islam membuat laporan polis ke atas Raja Petra ekoran artikel dan komentar pembaca pada laman web itu yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Laporan polis ke atas laman web dan penulis blog itu turut dilakukan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Balai Polis Putrajaya pada pukul 12.30 tengah hari tersebut.
TM terima surat anugerah projek jalur lebarKUALA LUMPUR 2 Sept. - Telekom Malaysia Bhd. (TM) menerima Surat Anugerah (LoA) daripada kerajaan untuk melaksanakan Projek Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB) bersama kerajaan bagi membangunkan akses rangkaian teras domestik dan antarabangsa bagi menawarkan infrastruktur lengkap HSBB.
Kos keseluruhan pelaburan HSBB bagi tempoh 10 tahun ialah RM11.31 bilion.
Kerajaan akan melabur RM2.4 bilion dan TM membiayai bakinya RM8.91 bilion, kata TM satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.
Dengan penerimaan LoA oleh TM, kedua-dua pihak akan memeterai perjanjian rasmi berasaskan syarat-syarat yang dipersetujui bersama tidak lama lagi, katanya.
TM bagaimanapun tidak menyatakan tarikh bila perjanjian itu akan ditandatangani.
- Bernama
*** Alhamdulillah syukur.. harap-harap bila projek ni dah berjaya... TM dapat untung lipat kali ganda.. bonus & increment aku pon berganda-ganda jugak.. miahahaha..