14 Oktober 2008

Petrol turun 15 sen, diesel 20 sen


Sumber: Utusan Malaysia

Petrol turun 15 sen, diesel 20 sen esok

14/10/2008 5:48pm

PUTRAJAYA 14 Okt. - Harga runcit petrol RON97 akan diturunkan sebanyak 15 sen seliter iaitu daripada RM2.45 seliter kepada RM2.30 seliter, berkuatkuasa 15 Oktober ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga diesel pula akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter iaitu daripada RM2.40 seliter kepada RM2.20 seliter.

"Petrol RON92 pula akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter iaitu daripada RM2.30 seliter kepada RM2.20 seliter," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Utusan


***

Turun lagi harga minyak di Malaysia.. tapi harga nasi ayam tak turun-turun juga.. Memang betul la nasi ayam bukan diperbuat daripada petrol.. miahahaha..


2 ulasan: