30 Oktober 2008

My planted aquarium

Ni dia.. my latest project.. nak buat planted aquarium yang penuh dengan pokok-pokok akuatik dan juga spesis ikan2 yang kecik2.. so permulaannya tengok la pics2 di bawah ini..



Ada lampu 2x15Watt (lampu khas utk planted tank), water filter utk 2ft tank, termometer dan juga kipas / chiller (utk menurunkan suhu air sebanyak antara 1 - 3 darjah celsius.
Tanah tu... tu bukan tanah.. tapi special soil untuk planted tank.. tu pon jenis yang murah.. kalau yang mahal tu sampai beratus2.. tak sanggup nak beli..



Pandangan sisi.. (sebelum letak driftwood)


Pandangan atas..




Sekarang ni mahu try tanam pokok air seperti di atas.. Java Moss.. cari lah dalam Google untuk maklumat lanjut. Sebarang kesulitan amat dikesali. Miahahaaa..

Java Moss tu diikat dgn benang pada kayu tu. Nanti dah cukup subur nanti ia akan menjalar meliputi kayu tersebut.. Tu pon kalau cukup CO2 dan juga pencahayaan. Kena beli CO2 (Nutrafin CO2 System yang boleh produce gas CO2). Kalau ada tu boleh speed up proses tumbesarannya.

Jadi bila ikan gapi (seperti yang ditulis di sini) besar nanti.. ni lah habitat diorang (diabinatang). Harap2 pokok tu dah tumbuh besar masa tuh.

Projek akuarium pertama (lihat sini) masih lagi berjalan seperti biasa.. Latest pics seperti di bawah.



25 Oktober 2008

Projek breeding ikan guppy (attempt 2)

Ini adalah percubaan kedua selepas percubaan pertama gagal (Rujuk sini).

Kali ni sudah berjaya. Minggu lepas beli sepasang guppy (jantan & betina) malangnya yang jantan tu mati lepas 3 hari. So tinggal lah yang betina.


Bela dalam balang.. letak pokok2 air sket.. Suddenly pagi tadi masa nak salin air, tetiba terperasan 3 ekor guppy fry (anak gapi).. nampaknya dah deliver malam semalam la nih.. apa lagi.. terus asingkan fry tersebut daripada ibunya.. takut kena telan.




Rupa-rupanya masa beli hari tu guppy female tu dah already pregnant.. sebab bawah perut dia ada bintik hitam.. itu menandakan ada anak guppy dalam perutnya tu..


Nampaknya lepas keluar 3 ekor pon masih ada bintik hitam.. agaknya ada lagi baby fry dalam perutnya tu.. kena pantau betul-betul nih. Miahaha..





Biasanya guppy betina ni akan beranak antara 10-30 ekor.. depends la.. Dan dia boleh simpan sperma guppy jantan selama lebih sebulan dalam perutnya. So lepas ni boleh beranak lagi ni.. Muehehehe..

Update:- Youtube link: http://www.youtube.com/watch?v=hMv_RENt040




24 Oktober 2008

Majlis Fatwa haramkan perlakuan 'pengkid'

Dipetik daripada Berita Harian:

Majlis Fatwa haramkan perlakuan 'pengkid'

Oleh Khairul Anuar Abdul Samad
krull@bharian.com.my

KOTA BHARU: Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan perlakuan 'pengkid' atau wanita yang menampilkan diri menyamai lelaki, sama ada dari segi pergaulan, tingkah laku atau berpakaian, haram dan dilarang sama sekali.

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata pengharaman itu dibuat berdasarkan perkembangan terkini di kalangan remaja perempuan yang cenderung mengamalkan cara hidup lelaki.

Beliau berkata, fenomena pengkid kini menjadi isu serius di kalangan anak gadis di negara ini dan ia perlu ditangani segera supaya tidak berkembang hingga sukar diatasi pada masa depan.



*** tu pengkid.. kalau bapuk / mak nyah tu macam mana pulak fatwanya..

20 Oktober 2008

18 Oktober 2008

MCA: Tee Kiat dan Soi Lek menang


Berita daripada Utusan Malaysia

Tee Kiat dan Soi Lek menang

18/10/2008 10:22pm

Datuk Seri Ong Tee Kiat memenangi jawatan Presiden MCA selepas mengalahkan Datuk Chua Jui Meng pada pemilihan parti di Wisma MCA di Kuala Lumpur hari ini.

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memenangi jawatan Timbalan Presiden MCA selepas mengalahkan tiga calon lain pada pemilihan parti di Wisma MCA di Kuala Lumpur hari ini. - Bernama


*** menang juga Chua Soi Lek ye.. teringat kes DVD.. miahahhaaa...

14 Oktober 2008

Petrol turun 15 sen, diesel 20 sen


Sumber: Utusan Malaysia

Petrol turun 15 sen, diesel 20 sen esok

14/10/2008 5:48pm

PUTRAJAYA 14 Okt. - Harga runcit petrol RON97 akan diturunkan sebanyak 15 sen seliter iaitu daripada RM2.45 seliter kepada RM2.30 seliter, berkuatkuasa 15 Oktober ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga diesel pula akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter iaitu daripada RM2.40 seliter kepada RM2.20 seliter.

"Petrol RON92 pula akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter iaitu daripada RM2.30 seliter kepada RM2.20 seliter," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Utusan


***

Turun lagi harga minyak di Malaysia.. tapi harga nasi ayam tak turun-turun juga.. Memang betul la nasi ayam bukan diperbuat daripada petrol.. miahahaha..


09 Oktober 2008

Betul betul betul


Masa raya hari tu.. balik la kampung.. ada 2 org anak buahku.. asik duk cakap menda ni jer..

"Betul betul betul!!!"

Pastu bapak aku pon join sama..

Puas duk pikir dalam hati.. apa kebendanya tu..

Rupa-rupanya citer Upin dan Ipin.. miahahaha..




"Betul betul betulllll!!!!!"




Some clips of Upin dan Ipin:

http://www.metacafe.com/watch/847750/upin_dan_ipin_esok_puase_very_cute_must_see/

http://video.aol.com/video-detail/ipin-dan-upin-episod-5-dan-6-spesel-raya/131330330



Kalau nak download suara Upin Ipin ni untuk nak jadi sms / ringtone.. nah download:

http://www.savefile.com/files/1831308 atau

http://www.4shared.com/file/66285417/3e55a80e/UpinIpin.html