04 September 2008

TM terima surat anugerah projek HSBB

TM terima surat anugerah projek jalur lebar

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Telekom Malaysia Bhd. (TM) menerima Surat Anugerah (LoA) daripada kerajaan untuk melaksanakan Projek Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB) bersama kerajaan bagi membangunkan akses rangkaian teras domestik dan antarabangsa bagi menawarkan infrastruktur lengkap HSBB.

Kos keseluruhan pelaburan HSBB bagi tempoh 10 tahun ialah RM11.31 bilion.

Kerajaan akan melabur RM2.4 bilion dan TM membiayai bakinya RM8.91 bilion, kata TM satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Dengan penerimaan LoA oleh TM, kedua-dua pihak akan memeterai perjanjian rasmi berasaskan syarat-syarat yang dipersetujui bersama tidak lama lagi, katanya.

TM bagaimanapun tidak menyatakan tarikh bila perjanjian itu akan ditandatangani.

- Bernama


*** Alhamdulillah syukur.. harap-harap bila projek ni dah berjaya... TM dapat untung lipat kali ganda.. bonus & increment aku pon berganda-ganda jugak.. miahahaha..


1 ulasan: