17 September 2008

Najib lancar laman web peribadi


Wah.. Pak Najib pon dah join the club.. lepas Che Det.. Pak Lah.. Khir Toyo.. sapa lagi... hmmm....



Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/89862

Najib lancar laman web peribadi Sep 17, 08 6:09am

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan laman web peribadinya www.1Malaysia.com.my supaya anggota masyarakat dapat berdialog secara terus dengan beliau sebagai timbalan perdana menteri. Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Timbalan Perdana Menteri, laman web itu diharapkan dapat menyediakan satu forum bagi semua rakyat Malaysia untuk bertukar pandangan mengenai isu-isu penting di samping menggalakkan pencapaian matlamat bersama dan mengetengahkan kepelbagaian unik negara. Najib dalam kenyataan itu berkata beliau merasa bimbang melihat ada pihak-pihak tertentu yang berusaha merenggangkan hubungan antara komuniti dalam negara bagi tujuan politik serta kepentingan peribadi. Sehubungan itu, katanya, www.1Malaysia.com.my diharapkan dapat menjadi portal di mana anggota masyarakat boleh terbabit secara terus dalam dialog yang terbuka dan ikhlas, secara terus dengan beliau sebagai timbalan perdana menteri.

0 comments:

Catat Ulasan