16 Julai 2008

Debat bersejarah Anwar - Shabery






Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan, Datuk Shabery Cheek mengambil bahagian dalam perdebatan bersejarah mengenai kenaikan harga minyak yang disiarkan secara langsung malam ini.Perdebatan tersebut yang bertajuk "Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak' berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur.Ia bermula jam 9 malam dan berakhir selama sejam.Orang ramai menonton secara langsung perdebatan tersebut di Internet melalu Global Media Channel dan BernamaTV - atau di TV yang disiarkan oleh TV9, Astro Awani dan Bernama TV.Perdebatan tersebut bermula dengan Anwar dan Shabery, masing-masing diberi masa empat minit sebagai pembuka bicara. Ia diikuti dengan soalan dari moderator, Datuk Johan Jaafar yang juga pengerusi DBP. Kemudiannya dua ahli panel yang masing-masing mewakili Shabery dan Anwar bertanya soalan kepada kedua-duanyanya. Mereka ialah Editor Siasah, Zulkifli Sulong dan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Datuk Nordin Kardi.

More news: http://www.malaysiakini.com/news/86174

1 ulasan: