25 Jun 2008

Kenapa Starbucks dibenar beroperasi di IPTA?


Dipetik daripada laman web Utusan Online hari ini..



Starbucks dibenar beroperasi di IPTA
25/06/2008 6:21pm
PUTRAJAYA 25 Jun – Kementerian Pengajian Tinggi hari ini memberi kebenaran kepada syarikat francais seperti Starbucks, Kopitiam dan Dunkin Donuts membuka premis mereka di pusat pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron berkata, selain perlu mendapatkan kebenaran daripada naib-naib canselor universiti berkenaan, kafe-kafe francais tersebut juga perlu menyediakan perkhidmatan jalur lebar Wi-Fi untuk kemudahan pelajar.
Katanya, walaupun terdapat IPTA yang sudah menyediakan perkhidmatan Wi-Fi, namun ia masih belum dilakukan secara menyeluruh.
Menurut beliau lagi, ramai penuntut universiti yang sanggup keluar kampus untuk mengunjungi kafe Starbucks di bandar sambil melakukan tugasan mereka.
``Saya terfikir kenapa tidak kita bawa Starbucks ke universiti, usaha ini boleh menggalakkan mereka melakukan perbincangan di kafe yang menyediakan perkhidmatan Wi-Fi.
``Saya tidak nampak ada halangan atau masalah yang akan timbul tetapi ia mesti dibuat di pusat pelajar, tambahan pula, banyak syarikat yang bersedia menawarkan perkhidmatan itu di universiti,'' katanya.


Tapi kenapa perlu syarikat-syarikat seperti itu dibenar membuka francais semata-mata untuk memberi kemudahan wifi kepada student..


Agak-agak mampu ke bebudak student IPTA tu order kopi kat situ.. dengan duit PTPTN / biasiswa yang tak seberapa itu.. lain lah kalau anak orang kaya...


Bukan ke lebih patut pentadbiran IPTA sendiri yang bekalkan kemudahan wifi kepada pelajar-pelajar IPTA???

3 ulasan:

  1. ntah..bek buka gerai nasi lemak mak tom!!

    BalasPadam
  2. best jugak.. ade kelainan sikit berbanding dgn cafe2 yg sedia ade. tapi tak mampu la nak singgah selalu :P

    patutnye government la kena wat amal jariah terhadap budak2 ipta membekalkan wi-fi. i

    BalasPadam
  3. utk pengetahuan saudara, Starbuck dalam proses menutup beberapa cafenya di Amerika ekoran masalah ekonomi. So target dia skrg membuka byk cawangan di negara2 membangun cam Msia.

    BalasPadam