30 Jun 2008

27 Jun 2008

25 Jun 2008

Kenapa Starbucks dibenar beroperasi di IPTA?


Dipetik daripada laman web Utusan Online hari ini..



Starbucks dibenar beroperasi di IPTA
25/06/2008 6:21pm
PUTRAJAYA 25 Jun – Kementerian Pengajian Tinggi hari ini memberi kebenaran kepada syarikat francais seperti Starbucks, Kopitiam dan Dunkin Donuts membuka premis mereka di pusat pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron berkata, selain perlu mendapatkan kebenaran daripada naib-naib canselor universiti berkenaan, kafe-kafe francais tersebut juga perlu menyediakan perkhidmatan jalur lebar Wi-Fi untuk kemudahan pelajar.
Katanya, walaupun terdapat IPTA yang sudah menyediakan perkhidmatan Wi-Fi, namun ia masih belum dilakukan secara menyeluruh.
Menurut beliau lagi, ramai penuntut universiti yang sanggup keluar kampus untuk mengunjungi kafe Starbucks di bandar sambil melakukan tugasan mereka.
``Saya terfikir kenapa tidak kita bawa Starbucks ke universiti, usaha ini boleh menggalakkan mereka melakukan perbincangan di kafe yang menyediakan perkhidmatan Wi-Fi.
``Saya tidak nampak ada halangan atau masalah yang akan timbul tetapi ia mesti dibuat di pusat pelajar, tambahan pula, banyak syarikat yang bersedia menawarkan perkhidmatan itu di universiti,'' katanya.


Tapi kenapa perlu syarikat-syarikat seperti itu dibenar membuka francais semata-mata untuk memberi kemudahan wifi kepada student..


Agak-agak mampu ke bebudak student IPTA tu order kopi kat situ.. dengan duit PTPTN / biasiswa yang tak seberapa itu.. lain lah kalau anak orang kaya...


Bukan ke lebih patut pentadbiran IPTA sendiri yang bekalkan kemudahan wifi kepada pelajar-pelajar IPTA???

23 Jun 2008

Kesian Che Det..


Apabila click laman web Malaysiakini tadi.. ada satu berita pasal blog Tun Dr Mahathir yang hangat itu..


Blogger.com gantung blog Dr Mahathir
Jun 22, 08 11:58pm
Blog rasmi Tun Dr Mahathir Mohamad digantung oleh penyedia khidmat memblog Blogger.com sejak tiga hari lalu sehingga mantan perdana menteri gagal mengemaskinikannya. Blog Chedet.com - 'che det' adalah nama gelaran dan nama pena Dr Mahathir - digantung dengan alasan ia dianggap sebagai "dicurigai blog spam".Blog itu gagal dikemaskini sejak 19 Jun yang memuatkan artikel terakhirnya 'RapidKL: Answers to questions and SAPP'. Komentar pengunjung di akhir artikel tersebut gagal diluluskan oleh Blogger.com.

More: http://www.malaysiakini.com/news/84869

Persoalan sekarang... bagaimana Blogger.com tu boleh mark beberapa laman web yang dihostnya sebagai spam?

Harap2 web ini tak di mark sebagai spam juga. Hohohohoho....

Kesian Che Det...

22 Jun 2008

19 Jun 2008

16 Jun 2008

15 Jun 2008

13 Jun 2008

12 Jun 2008

11 Jun 2008

10 Jun 2008

07 Jun 2008

06 Jun 2008

05 Jun 2008

03 Jun 2008

Celcom tawar 100 Toyota Camry - Judi? Haram?

*** Updated: Sila baca komen Ustaz Zaharuddin (UZAR) di link: http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=719&Itemid=72







Betul ke judi?
Macam mana hukumnya?

Dipetik daripada http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=10679



Assalaimu alikum wbt

Sekali pandang , peraduan dan tawaran yang dibuat oleh Celcom sangat menarik. Siapa yang tidak tergoda dengan tajuk di atas.. Tetapi , bila difikir secara sepintas lalu , ini mungkin merupakan satu pendekatan yang baik dalam perniagaan , dan bagi pemilik perniagan ia bukan lah satu penipuan kepada pengguna.





  • Dengan perlu menjawab 10 soalan , bagi satu sesi peraduan , dengan setiap sms dikenakan bayaran RM5 , bermakna , Celcom tidak perlu mengeluarkan SATU sen pun bagi membiayai harga bagi setiap buah Camry kurang lebih RM190,000..00 atau RM19,000,000.00 bagi 100 buah semuanya.

  • Ini kerana , dengan andaian , katakan kesemua pengguna Celcom , berjumlah 7.8 juta orang , 1.5 juta pasca bayar dan 6.3 juta pra bayar , bermakna sejumlah 7,800,000 x 10 x RM5 = RM390,000,000.00 berjaya dipunggut , walaubagaimanapun ini adalah mustahil.
    Bagaimana kalau dengan mengambil kira hanya 10% sahaja yang mengambil bahagian , bermakna RM39,000,000.00 akan berjaya dikuitip.

  • Ini bermakna ,bagi membiayai keseluruhan 100 buah kereta CAMRY , pihak Celcom dijangka masih berupaya memunggut keuntungan sebanyak RM 20,000,000.00. Angka ini adalah logik dan boleh diterima.

  • Dengan slogan bagi menghargai pelanggan Celcom yang setia , sebenarnya , seluruh atau pelanggan – pelanggan dan pengguna yang lain akan DIPAKSA secara sukarela bagi membiayai atau menderma kepada bakal 100 orang pemenang.

  • Tidaklah diketahui ,samada peraduan ini adalah satu bentuk PERJUDIAN secara terancang dan diHALALkan oleh undang – undang negara ini.


Nota



Mungkin pihak berkuasa , yang diamanahkan menjaga sektor industri ini boelh melihat dan melakukan sesuatu bagi menangani kaedah yang begitu licik , yang dibenarkan oleh undang – undang negara ini.
Mungkin juga pihak JAKIM dan Mufti boleh meneliti dan membuat tafsiran, samada menerusi hukum islam yang sebenar atau menggunapakai undang – undang islam yang ada di negara ini.
Wassalam. wbt


..


Celcom tawar 100 Camry



KUALA LUMPUR : Celcom ( Malaysia ) Bhd menawarkan 100 unit Toyota Camry 2.0E 1AZ-FE kepada pelanggan pasca bayar dan pra bayarnya menerusi peraduan 'Celcom 100 Hari 100 Kereta' bermula hari ini.

i. sebuah kereta akan diberi setiap hari selama 100 hari berturut-turut kepada pemenang peraduan berkenaan.

ii. Pelanggan perkhidmatan Celcom yang berminat menyertai peraduan itu hanya perlu menaip kata kunci CARS dan hantar melalui SMS ke nombor 22222. Promosi itu terbuka kepada pelanggan sedia ada dan baru Celcom.

iii. Pelanggan yang dapat menjawab 10 soalan dengan tepat serta mendapat mata paling banyak akan dipilih sebagai pemenang.

iv. Peserta dengan mata tertinggi juga berpeluang memenangi tambahan sebuah kereta Toyota Camry model sama pada hujung minggu.
v. Setiap SMS yang dihantar dikenakan RM5.

vi. Kempen itu berlangsung selama 100 hari bermula hari ini hingga 9 September ini. Pada masa ini, Celcom mempunyai 1.5 juta pelanggan pasca bayar dan 6.3 juta pelanggan pra bayar.

vii. Beliau berkata, promosi 100 hari itu bertujuan memberi ganjaran kepada pelanggan setia atas sokongan yang diberikan kepada syarikat berkenaan.



BERITA HARIAN 02 JUN 2008 , ISNIN


02 Jun 2008