22 Mei 2008

Muslihat Mahathir keluar Umno

Dipetik daripada http://kelantankini.com/


 


PERALIHAN kuasa pemerintahan kerajaan Persekutuan semakin dekat. Masa untuk Anwar menggerakkan langkah berikutnya sudah hampir pasti tiba.
Namun, apabila itu berlaku, mungkin Mahathir akan mengaku bahawa itu adalah sumbangannya. Dia akan mengatakan bahawa keluarnya pemimpin dan wakil rakyat Umno secara berbondong-bondong kerana mengikuti langkah dan saranannya - bukan kerana kepimpinan Anwar.



Jika dibiarkan untuk Anwar menawan kerajaan Persekutuan maka Anwar yang akan mendapat nama. Itulah agaknya Mahathir kena cepat-cepat keluar Umno dan menyeru ahli lain untuk turut serta keluar parti dan sertai mana-mana parti pembangkang. Apabila itu berlaku maka bolehlah dia kata itu kerana sumbangan dia dalam menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Tetapi, apakah perlu kita masih hendak melayan kerenah Mahathir? Apakah masih ada sokongan ramai kepada Mahathir? Setakat yang saya perhatikan ialah mereka yang bersama Mahathir akhir-akhir ini adalah mereka yang jika kekal dalam Umno pun sudah tidak lagi diterima pun.


Satu lagi tradisi Umno ialah pemimpin mereka hanya disanjung apabila ada kuasa. Siapa lagi yang masih menghormati pemimpin Umno yang sudah “expired”? Sememangnya budaya Umno - mencium tangan pemimpin hanya semasa mereka masih tetap berkuasa. Ahli Umno tidak lagi akan melayani pemimpin mereka selepas mereka tidak mempunyai kuasa lagi.


Itulah sebenarnya antara kemusnahan yang telah dipupuk oleh Mahathir dengan rasa gerun di kalangan ahli mereka selama 22 tahun beliau memegang kedudukan nombor satu parti dan negara. Siapa yang berani tegur Mahathir dulu - jika tidak berani menghadapi risikonya?


Sampailah masanya untuk Mahathir sedar. Jika dengan segala yang telah Allah tunjukkan serta peluang yang diberi untuk bertaubat dan masih dia belum mahu sedar - nauzubillah.


Kalaulah boleh saya cadang kepada Pak Lah, kekallah sebagai Presiden. Jangan ikut Mahathir. Mahathir sudah tidak ada apa. Semoga itu akan juga mempercepatkan peralihan kuasa kerjaan Persekutuan.

0 comments:

Catat Ulasan