30 Mei 2008

27 Mei 2008

26 Mei 2008

25 Mei 2008

24 Mei 2008

Pak Imam dan Akademi Fantasia





Aii.. pakcik imam masjid pon layan AF yer.. hehehe

Nak cepat kayo ke pakcik..

Tu yang Ustaz Zaharuddin marah tu...





Imam terjerat


KANGAR: "Saya perasan (sedar) kes penipuan ini kerana pernah ternampak notis amaran dilekatkan di bank mengenai sindiket penipuan menerusi SMS Akademi Fantasia 6 (AF6), tetapi entah macam mana saya sendiri boleh terpengaruh," kata Imam Masjid Negeri di Arau, dekat sini, (DELETED).(DELETED) berkata, beliau bernasib baik kerana hanya memberi satu daripada tiga nombor akaun bank kepada anggota sindiket terbabit yang jumlah simpanannya sedikit berbanding dua akaun lain."Saya mempunyai tiga akaun simpanan dan memberi hanya satu daripadanya kepada ahli sindiket SMS ini, tetapi mujurlah jumlah simpanan di dalamnya kecil saja," katanya ketika ditemui di sini, semalam.Imam terbabit ialah mangsa terbaru yang kerugian RM240 apabila wang terbabit lesap daripada akaun simpanannya selepas diperdaya sindiket penipuan SMS AF6 yang kononnya dikendalikan Astro, Selasa lalu.

Mengimbas kejadian itu, (DELETED) berkata, beliau menerima SMS daripada nombor telefon +6281584051 yang tertera ‘From Astro AF6. Nombor Sim Card anda berjaya memenangi RM14,000. Untuk info sila hubungi 0062817705397 ' pada Selasa lalu.
Menurutnya, ketika dihubungi, seorang lelaki bertutur dengan pelat Indonesia mendakwa wakil Astro mengesahkan (DELETED) adalah pemilik kad modul pengenalan pengguna (SIM) bertuah, lalu meminta nombor akaun bank untuk urusan deposit wang hadiah."Pada mulanya saya sedikit ragu untuk mengikuti arahan terbabit, tetapi terpedaya dan menyerahkan satu daripada tiga nombor akaun milik saya yang mempunyai nilai simpanan paling sedikit."Saya kemudian diminta ke bank dan menghubungi nombor berkenaan untuk kali kedua, tetapi mula meragui dan terus memeriksa baki akaun sebelum mendapati dua transaksi tidak sah dilakukan dengan nilai pengeluaran masing-masing RM120."Pelik dengan kejadian berkenaan, saya terus meminta penjelasan bank sebelum dimaklumkan ia kejadian pertama seumpama itu dan terus membuat laporan di Balai Polis Kangar," katanya

Apa pandangan anda setelah membaca berita di atas?

Tanpa dapat saya sorok lagi, terus terang saya berasa malu dan kesal dengan berita di atas, saya bukan kesal kerana tuan imam itu ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab lalu jatuh kasihan dan kesal, tetapi saya rasa malu dan kesal adalah disebabkan hal yang berikut :-

1) Adakah jika tawaran wang RM 14,000 itu betul-betul diberikan tanpa tipu, adakah anda fikir ia halal ?. Tidak sama sekali kerana ia hasil Akademi Fantasia, satu rancangan hiburan yang bercanggah dengan Islam tanpa khilaf lagi. Namun Tuan Imam masih berminat ?? kekesalan saya yang pertama. Nabi s.a.w bersabda :-
يأتي على الناس زمان لا يبالي ‏ ‏المرء ما أخذ منه أمن الحلال أم من الحرام
Ertinya : "Akan datang satu zaman dimana seorang individu itu tidak lagi memikirkan dari mana sumber perolehan hartanya, samada dari yang halal atau haram." ( Riwayat Al-Bukhari)

2) Kes ini menunjukkan pengaruh duit free dan cepat, sangat mudah memabukkan orang ramai hari ini. Salah satu ciri mabuk adalah aqal menjadi kurang waras dan tidak dapat berfikir dengan tenang dan tepat.

Saya kesal, kerana RM 14,000 duit free yang ditawar telah mampu dengan mudah menjadikan seorang ahli agama LEMAH pertimbangannya sehingga ‘terlupa' untuk menunaikan hak-hak Islam seperti menyemak kontrak, memastikan apakah asal usul hadiah free ini? apakah hukumnya ? dan juga bagaimana kewibawaan sms tersebut sebelum menyertainya atau memberikan kerjasama (memberikan nombor akaun).

Terang dan nyata sms itu datang dari luar Negara, apa kena mengena Indonesia dengan AF yang dianjurkan di Malaysia, oleh salah sebuah stesyen televisyen swasta dari Malaysia ? Namun, kemabukan wang cepat menutup segala pintu kewarasan. Saya sangat bimbang.

Ya Allah, kalaulah boleh saya letakkan begini, jika seorang ahli agama dengan semudah itu diperdaya dengan wang cepat tanpa usaha, bagaimanakah keadaan orang awam yang biasanya kurang sedikit pertahanan iman dan spriritualnya ? (tanpa menafikan ramai juga individu yang tidak berlatarbelakangkan agama tetapi mantap ilmu agamanya dan imannya).

3) Adakah jika seorang ahli agama seperti ini berjaya memperolehi RM 14,000 yang dijanjikan, lalu ia akan dijadikan hujjah oleh orang ramai berkenaan ‘HALAL'nya kaedah perolehan duit ini? Lalu berbondong-bondonglah orang ramai dan ustaz-ustaz lain pula menyertainya dengan hujjah, "eh kan imam besar dah masuk ni!!" Fitnah terus jatuh ke atas orang agama yang tidak berhati-hati, mereka perlu sedar mereka dijadikan ikutan orang ramai sama ada mereka redha atau tidak.

4) Mungkin anda tidak bersetuju dengan saya kerana mengkritik imam tersebut, namun saya memang amat kesal dan malu. Malah saya juga mungkin marah kerana nama imam dan masjid telah terpalit dengan kes buruk. Lebih haru apabila tanpa segan silu dipaparkan wajahnya dan nama masjidnya. Bukankah lebih baik tidak perlu mengaku anda seorang imam agar tidak dirosakkan nama baik "IMAM" itu dengan kesilapan diri.

SERTAI TANPA ILMU

Satu lagi kebimbangan saya adalah budaya turut serta tanpa faham dan ilmu oleh umat Islam dewasa ini. Kes ini jelas membuktikannya berlaku, tanpa memhami hakikat dan rasional disebalik hadiah tiba-tiba, tanpa membuat sedikit semakan. Individu ini sudah percaya dan menyertainya.

Sebenarnya, sifat dan sikap menyertai dan menuruti sesuatu tanpa berfikir dalam ini semakin banyak berlaku di dalam masyarakat kita. Malah sebahagian besar pensyarah universiti juga tidak terlepas. Ramai pensyarah malah professor yang tidak langsung membaca kontrak pembelian rumah dan kereta mereka. Menurunkan tandatangan tanpa memastikan kandungannya difahami adalah satu kesalahan dalam Islam.

Saya tahu ramai akan mencari 'excuse' diri, susah nak faham le, bahasa Inggeris tinggi le, tak faham istilah tertentu le, tidak ada masa le dan lain-lain. Apa juga excuse, anda tetap salah menurut Islam. Tidak terlepas juga, budaya ikut-ikut dalam hal ehwal ibadat khusus. ramai yang main ikut sahaja tanpa mengetahui sebab, nas dan rasional.

Hasilnya, kualiti ibadah diri semakin merudum, peluang ditipu melebar luas.

Ingatlah, ayat pertama Al-Quran adalah "BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU', Ia menunjukkan KEPERLUAN membaca dan memahami sebelum bertindak.

KESIMPULAN

Saya faham ramai antara kita yang bercita-cita menjadi jutawan sama ada dengan cara segera atau lambat. Ramai menjadi semakin ghairah memperolehinya sehingga melupakan cara-cara perolehan yang halal.

Yang kerap dilihat, disanjung, difikirkan dan dimasukkan dalam hatinya hanyalah kekayaan mereka yang telah berjaya menjadi kaya, jutawan di sana sini.

Malah apabila akhbar hari ini ( 23 Mei 08) memaparkan sepuluh billionaire Malaysia yang 90 peratusnya bukan beragama Islam. Cita-cita si pembaca menjadi semakin menggunung, sedarkah anda Allah swt mengingatkan kita :-

فَلاَ تُعْجِبْكَ أَمْوَالُهُمْ وَلاَ أَوْلاَدُهُمْ إِنَّمَا يُرِيدُ اللّهُ لِيُعَذِّبَهُم بِهَا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَتَزْهَقَ أَنفُسُهُمْ وَهُمْ كَافِرُونَ
Ertinya : Maka janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki dengan (memberi) harta benda dan anak-anak itu untuk menyiksa mereka dalam kehidupan di dunia dan kelak akan melayang nyawa mereka, sedang mereka dalam keadaan kafir. ( At-Taubat : 55 )

Akhir sekali, saya bukanlah mengajak pembaca mencemuh tuan imam itu di ruangan komen. Saya hanya ingin kita melihat isu ini lebih besar dari seorang Imam itu. Ini isu kita semua umat Islam. Ia memerlukan tindakan dan bantuan kesedaran dari semua.
Fikirkan..

Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
23 Mei 08

23 Mei 2008

Orang Arab Pandai Kecek Kelate

Nak tengok orang arab Mesir kecek Kelate?





Sedikit biodata beliau yang sempat disenaraikan.. mata dah ngantok..


Fakta Ustaz Muhammad Aziz

  • Merupakan merupakan ahli termuda dalam majlis fatwa Mesir.
  • Biasa datang ke Malaysia untuk mengadakan ceramah di institusi pengajian tinggi, matrikulasi dan sekolah-sekolah.
  • Mengambil masa 10 tahun untuk menguasai bahasa melayu (loghat kelate)

Pernah datang ke Surau Menara TM, Jalan Pantai Baru, KL untuk memenuhi jemputan di situ.

Memang kecek Klate betul lah..

22 Mei 2008

TM CATAT HASIL SUKU PERTAMA LEBIH TINGGI SEBANYAK RM2,005.9 JUTA


Hasil Runcit terus meningkat, menyumbang 80.4% kepada keseluruhan hasil
Pelanggan jalur lebar Kumpulan cecah 1.4 juta


Telekom Malaysia Berhad (TM), pembekal komunikasi generasi akan datang terkemuka dan peneraju jalur lebar di Malaysia, hari ini mengumumkan keputusan kewangannya bagi suku tahun pertama berakhir 31 Mac 2008. Keputusan kewangan ini menunjukkan prestasi TM, tidak termasuk sumbangan daripada TM International Berhad dan Celcom (M) Berhad berikutan pengasingan Kumpulan yang telah selesai pada 25 April 2008. Dari segi proforma, TM mencatatkan hasil sebanyak RM2,005.9 juta bagi suku tahun pertama berakhir 31 Mac 2008, peningkatan 2.4% berbanding RM1,958.8 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lalu. Keputusan ini disumbangkan terutamanya oleh perkhidmatan jalur lebar dan data yang mencatatkan pertumbuhan 25.6%. Jumlah pelanggan jalur lebar TM meningkat kepada 1.4 juta daripada 0.9 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.



TM merekodkan Perolehan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Amortisasi (EBITDA) sebanyak RM611.5 juta berbanding RM948.6 juta yang direkodkan pada suku pertama tahun 2007. EBITDA terjejas berikutan caj-caj sekali (one-off charges) seperti peruntukan hutang ragu sebanyak RM117.8 juta untuk penghutang VoIP asing tertentu dan kos Skim Opsyen Saham Anggota (ESOS) sebanyak RM60.6 juta. Tidak termasuk caj-caj sekali berkenaan, EBITDA yang dinormalisasi bagi 1Q 2008 ialah RM832.7 juta dengan margin 41.0%.

Berikutan penurunan EBITDA, Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti (PATAMI) turut menurun kepada RM114.4 juta berbanding RM246.1 juta pada suku pertama tahun 2007. Tidak termasuk caj sekali, PATAMI yang dinormalisasi untuk suku tahun ini ialah RM253.3 juta.

Bercakap dalam taklimat media, Dato’ Zamzamzairani Mohd. Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM, berkata, “Perniagaan runcit kami terus mencatatkan momentum positif dengan peningkatan hasil sebanyak 3.9% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Hasil runcit datang daripada segmen perniagaan, jalur lebar dan data yang berkembang pesat dan ini menyumbang 80.4% kepada keseluruhan hasil. Kami telah melangkah maju dengan komitmen berterusan terhadap usaha-usaha Program Peningkatan Prestasi (PIP) kami. Sebagai contoh, kami gembira dengan pertumbuhan kukuh dan momentum positif jalur lebar yang kami kecapi pada masa ini dalam segmen perusahaan. Selain itu, kami juga gembira kerana perniagaan runcit TM telah berjaya menangani penurunan hasil suara dengan mengurangkan kadar penurunan iaitu 5.2% berbanding 9.8% pada suku pertama tahun 2007”.

Dato’ Zamzamzairani menambah, “Kami sedar biarpun perniagaan-perniagaan kami terus menampakkan pertumbuhan, pada masa yang sama, kami juga perlu menguruskan kos secara berkesan, terutamanya pengurusan kredit dan kos-kos langsung (direct cost). Mendapatkan pembayaran dan mengurangkan hutang (Receivables) kini merupakan salah satu KPI utama bagi pasukan jualan kami. Objektif pengasingan adalah untuk mempercepatkan peningkatan operasi dan usaha-usaha pertumbuhan menerusi ketelusan prestasi, organisasi berfokus dan kapasiti pelaksanaan yang lebih baik. Melangkah ke hadapan, kami mengutamakan beberapa inisiatif tertentu bagi meningkatkan prestasi kami merentasi aspek pertumbuhan hasil, pengurusan kos dan modal. Ini termasuklah, antaranya, mengembangkan pasaran jalur lebar dan perusahaan kami, menguruskan modal bekerja (working capital) dan aktiviti pemerolehan secara lebih efektif dan mempercepatkan proses monetisasi (monetisation) aset-aset bukan teras.”

PROJEK JALUR LEBAR BERKELAJUAN TINGGI (HSBB)

Kerajaan telah mengumumkan bahawa TM akan terlibat dalam Perkongsian Awam-Swasta (Public-Private Partnership – PPP) bagi melaksanakan infrastruktur dan perkhidmatan HSBB. Kos pelaburan HSBB bagi Fasa 1 adalah kira-kira sebanyak RM11.3 bilion dengan TM menyumbang sebanyak RM8.9 bilion untuk tempoh 10 tahun. Kerajaan pula akan turut menyumbang sebanyak RM2.4 bilion atau satu perlima daripada jumlah keseluruhan kos untuk tempoh tiga tahun. Perkhidmatan HSBB dijangka akan dapat dinikmati oleh 1.3 juta premis. TM akan memainkan peranannya dengan menyumbang ke arah mewujudkan sebuah ekosistem industri buat Malaysia.

Perjanjian antara Kerajaan dan TM dijangka akan dimeterai pada bulan Jun 2008.

MELANGKAH KE HADAPAN

Dengan selesainya langkah pengasingan antara perniagaan mudah alih dan talian tetap, TM akan memantapkan fokusnya terhadap peningkatan operasi dan komersil bagi perkhidmatan-perkhidmatan jalur lebar, data dan suara talian tetapnya.

Khidmat pelanggan akan terus menjadi salah satu keutamaan penting. Kami komited dengan pelanggan kami untuk terus menawarkan kerativiti dan inovasi dalam setiap produk dan perkhidmatan kami serta pada masa yang sama menambah baik penyampaian perkhidmatan di saluran pengedaran dan runcit dan premis khidmat pelanggan kami.

TM menjangkakan perkhidmatan jalur lebar dan datanya akan terus menerima pertumbuhan yang baik. Pengurusan kos kekal menjadi satu cabaran dalam tempoh terdekat, dengan keperluan untuk meningkatkan usaha bagi mencapai keberkesanan operasi. Selain itu, usaha-usaha sedang giat dilakukan ke arah pelaksanaan rangkaian HSBB yang bakal meningkatkan penyampaian khidmat awam dan gaya hidup pelanggan serta meningkatkan daya saing perusahaan-perusahaan di Malaysia. HSBB akan menjadi penggerak penting bagi pertumbuhan negara dan TM bakal mendapat manfaat daripadanya.

Tanpa mengambil kira perkara-perkara di luar jangkaan, Lembaga Pengarah menjangkakan prestasi TM bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 akan kekal baik.

Muslihat Mahathir keluar Umno

Dipetik daripada http://kelantankini.com/


 


PERALIHAN kuasa pemerintahan kerajaan Persekutuan semakin dekat. Masa untuk Anwar menggerakkan langkah berikutnya sudah hampir pasti tiba.
Namun, apabila itu berlaku, mungkin Mahathir akan mengaku bahawa itu adalah sumbangannya. Dia akan mengatakan bahawa keluarnya pemimpin dan wakil rakyat Umno secara berbondong-bondong kerana mengikuti langkah dan saranannya - bukan kerana kepimpinan Anwar.



Jika dibiarkan untuk Anwar menawan kerajaan Persekutuan maka Anwar yang akan mendapat nama. Itulah agaknya Mahathir kena cepat-cepat keluar Umno dan menyeru ahli lain untuk turut serta keluar parti dan sertai mana-mana parti pembangkang. Apabila itu berlaku maka bolehlah dia kata itu kerana sumbangan dia dalam menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Tetapi, apakah perlu kita masih hendak melayan kerenah Mahathir? Apakah masih ada sokongan ramai kepada Mahathir? Setakat yang saya perhatikan ialah mereka yang bersama Mahathir akhir-akhir ini adalah mereka yang jika kekal dalam Umno pun sudah tidak lagi diterima pun.


Satu lagi tradisi Umno ialah pemimpin mereka hanya disanjung apabila ada kuasa. Siapa lagi yang masih menghormati pemimpin Umno yang sudah “expired”? Sememangnya budaya Umno - mencium tangan pemimpin hanya semasa mereka masih tetap berkuasa. Ahli Umno tidak lagi akan melayani pemimpin mereka selepas mereka tidak mempunyai kuasa lagi.


Itulah sebenarnya antara kemusnahan yang telah dipupuk oleh Mahathir dengan rasa gerun di kalangan ahli mereka selama 22 tahun beliau memegang kedudukan nombor satu parti dan negara. Siapa yang berani tegur Mahathir dulu - jika tidak berani menghadapi risikonya?


Sampailah masanya untuk Mahathir sedar. Jika dengan segala yang telah Allah tunjukkan serta peluang yang diberi untuk bertaubat dan masih dia belum mahu sedar - nauzubillah.


Kalaulah boleh saya cadang kepada Pak Lah, kekallah sebagai Presiden. Jangan ikut Mahathir. Mahathir sudah tidak ada apa. Semoga itu akan juga mempercepatkan peralihan kuasa kerjaan Persekutuan.

Bajet makan minum seharian.. hmmm..


Bajet harian aku hari ni.. untuk makan sahaje..



Pagi:

Teh O + 3 kuih -> RM2


Lunch:

Nasi lauk ikan & sayur + teh O ais -> RM4 + RM1 = RM5


Dinner:

Nasi Beriani lauk ayam + air cendol = RM4 + RM1 = RM5





So totalnye: RM12 sehari.. lebih kurang la..

Sebulan? RM360 lah lebih kurang..


Beras makin mahal sekarang. Nasi beriani yg biasa penuh polisterin (seperti pic di atas) hari ni aku tengok diaorang isi separuh polisterin je...


Hmmm... ni nak kena makan ubi kayu ke...


Oh lupe.. tu baru bajet makan jer.. Minyak petrol.. sewa rumah.. nak bayar kereta.. bil Astrok.. bil api.. air.. henset.. bla bla bla bla...


Tapi takpe, Malaysia boleh...

21 Mei 2008

Enjin 4 lejang

Mari belajar sikit pasal enjin.. one of the most magnificient human creation today..
Kalau ada bajet.. mau aku tukar enjin Wira aku tu.. nak pakai enjin Evo.. hahaa..



Artikel dipetik drp http://ms.wikipedia.org/wiki/Enjin_empat_lejang.
Sumber rujukan lain: http://auto.howstuffworks.com/engine.htm

Hari ini, jenis enjin pembakaran dalaman yang paling lazim digunakan pada kenderaan seperti kereta, bas, lori dan motosikal adalah enjin empat lejang, sama ada enjin petrol ataupun enjin Diesel. Satu lejang merujuk kepada gerakan omboh dari titik tetap atas ke titik tetap bawah atau sebaliknya; maka enjin empat lejang mendapat namanya daripada empat lejang yang masing-masing menjalankan satu fungsi khas iaitu masukan, mampatan, perolehan kuasa dan penyingkiran gas ekzos.

Enjin empat lejang yang juga dikenali sebagai enjin kitar Otto mula dipatenkan oleh Eric B. Davidson dan Felice Matteucci pada 1854 diikuti dengan prototaip pertama pada tahun 1860. Ia juga dikonsepkan oleh jurutera Perancis, Alphonse Beau de Rochas pada tahun 1862 dan secara bebas, oleh jurutera Jerman Nicolaus Otto pada 1876.

Kitaran kuasa terdiri daripada mampatan adiabatik, penambahan haba seisipadu, pengembangan adiabatik serta penyingkiran haba seisipadu, diwakili dengan perwatakan empat lejang, atau gerakan naik-turun omboh di dalam silinder:

  1. Lejang masukan - Injap masukan terbuka. Omboh bergerak ke bawah dan menyedut campuran udara-bahan api (udara sahaja bagi kes enjin diesel) ke dalam kebuk pembakaran.
  2. Lejang mampatan - Kesemua injap masukan dan ekzos tertutup. Omboh bergerak ke atas dan memampatkan campuran udara-bahan api (udara sahaja bagi kes enjin diesel). Pada penghujung lejang mampatan, palam pencucuh dinyalakan bagi membakar campuran udara-bahan api tetapi dalam enjin Diesel, minyak diesel disuntik ke dalam silinder pada penghujung lejang mampatan.
  3. Lejang kuasa - Campuran udara-bahan api terbakar disebabkan pembakaran oleh bunga api palam pencucuh (bagi enjin petrol) atau suhu tinggi akibat mampatan udara sehingga minyak diesel terbakar sendiri (bagi enjin diesel). Pembakaran campuran tersebut menyebabkan gas-gas terbakar di dalam kebuk pembakaran mengembang dan seterusnya menolak omboh ke bawah, menghasilkan kuasa kepada enjin.
  4. Lejang ekzos - Injap ekzos terbuka. Omboh bergerak ke atas dan menyingkirkan gas-gas ekzos keluar dari kebuk pembakaran.

Apa itu blog?

Korang semua slalu bukak2 blog awek2.. ataupon politician.. ataupon nak cari duit mcm skim cepat kaya tu.. tapi menda alah apa sebenarnye blog tu...


Blog merupakan ringkasan dari perkataan asalnya, web log. Ia mirip kepada diari harian atau jurnal online yang mengandungi cetusan rasa, pendapat peribadi, perkongsian maklumat atau dalam apa sahaja bentuk penulisan. Blog biasanya sentiasa dikemaskini setiap hari atau setiap masa mengikut kemahuan pemiliknya.Blog tidak banyak berbeza dengan laman web biasa. Tetapi perbezaan ketara antara keduanya ialah setiap kali bahan penulisan terbaru dimasukkan di dalam blog, yang terbaru akan berada di atas dan artikel / tulisan sebelum itu akan berada di bawahnya. Ini dipanggil Reverse Chronical Order.

Berbeza dengan laman web, blog amat mudah diuruskan. Sesiapa sahaja boleh menggunapakai blog walaupun tanpa pengetahuan teknikal mahupun pengetahuan IT yang tinggi. Walaupun begitu, pemahaman Bahasa Inggeris adalah amat penting sekali kerana setakat ini belum ada lagi blog yang dibangunkan menggunakan Bahasa Malaysia. Namun, anda tetap boleh menulis dalam Bahasa Malaysia.

Selain itu, setiap tulisan di dalam blog boleh diberi komen oleh para pembaca @ pelawat blog berkenaan. Ciri ini bagaimanapun bergantung kepada kemahuan pemilik blog tersebut samada mahu diadakan atau tidak.

Blog juga biasanya mudah di index oleh enjin pencari @ enjin carian kerana ia sentiasa dikemaskini. Disebabkan ciri inilah blog begitu cepat menjadi popular terutamanya kepada internet marketer dan pemilik perniagaan internet. Ia menjadi alat pemasaran yang amat berkesan disebabkan mudah disenaraikan di enjin pencari.Ada terdapat banyak laman web menyediakan perkhidmatan blog samada secara percuma atau berbayar. Antara yang popular dan percuma seperti blogger.com, wordpress.com, dan tblog.com.


7 Free Antivirus Software for Windows

Ini adalah artikel mengenai top 7 free antivirus.. dipetik drp http://www.nirmaltv.com/2007/09/24/7-free-anti-virus-software-for-windows/

Install jgn tak install...




1. Avast! Home Edition: Avast! is a fully featured anti-virus software which is free for use for home users and non commercial users. Avast has simple user interface and good features, with skin support. It has automatic updates which keeps the database updated about the latest virus information. It supports all Windows versions including Vista.
2. AVG Free Edition: AVG free edition is another good solution to free anti-virus software. AVG is easy to use and low on system resources. It features automatic update functionality and real-time protection as files are opened and programs are run. AVG also has a Virus Vault for the safe handling of infected files.
3. Avira AntiVir: Avira AntiVir is another free anti-virus software for Windows. The free version protects against viruses, worms and Trojans, expensive dialers and phishing. AntiVir also provides free support.
4. ClamWin: ClamWin is a Free Anti-virus for Microsoft Windows 98/Me/2000/XP and 2003. ClamWin has high detection rates for viruses and spyware. It has automatic downloads of regularly updated Virus Database. It also features a addin to Microsoft Outlook to remove virus-infected attachments automatically.
5. Comodo Anti-Virus: Comodo eliminates Viruses, Worms and Trojans from desktops and networks. It has a Host Intrusion Detection which blocks malware before it can run. It has daily, automatic updates of virus definitions and its simple and easy to use.
6. PC Tools Anti-Virus: With PC Tools AntiVirus Free Edition you are protected against the most nefarious cyber-threats attempting to gain access to your PC and personal information. PC Tools AV is supported on Windows XP, Vista and 2000. It detects, quarantines, disinfects and destroys Viruses, Trojans and Worms.
7. ThreatFire: ThreatFire includes advanced protection features including malware, quarantine and removal, rootkit scanner and custom rules settings. ThreatFire is different, it does not rely on signatures, but instead constantly analyzes your computer’s behavior to detect and block any malicious activity.



Karpal diugut oleh siapa?


Agak-agak siapa la yang tulis surat ugutan bunuh kepada si Karpal Singh ni..
Typo error kot.. Dalam Kamus Dewan takde pon perkataan "Amaram"..




Karpal terima ancaman peluru hidup
Jimadie Shah Othman May 20, 08 4:09pm
Pengerusi DAP Karpal Singh diancam bunuh oleh pihak yang tidak dikenali hari ini, lapornya kepada polis.

Dalam aduannya, beliau mendakwa menerima sebutir peluru hidup 9mm dan sepucuk surat dalam sekeping sampul yang dikirim oleh seorang lelaki ke pejabat guamannya di Jalan Pudu.

Menurutnya, seorang lelaki bertopi keledar yang berpenutup muka menyerahkan sampul surat tersebut kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Kandungan surat itu, antaranya, mengancam untuk membunuh peguam terkenal tersebut berhubung isu kuasa institusi raja dan hak orang Melayu.

"Karpal Singh, kau jangan cuba mempersoalkan keistimewaan orang Melayu!

"Kau jangan cuba mempersoalkan kuasa Raja-raja Melayu!

"Kalau kau tak berhenti!!! Peluru ini akan melekat pada kepala dahi kau!" isi kandungan nota itu dipetik (foto bawah).

"Ini adalah amaran pertama."

Beliau, yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, melaporkan kejadian itu di ibu pejabat polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pada jam 5 petang ini.

More: http://www.malaysiakini.com/news/83132


Kecurian Identiti Dalam Internet

Kecurian Identiti Dalam Internet
Sumber: http://jalalmpc.tripod.com/identiti.htm

Dalam Internet, terdapat beberapa kegiatan tidak sihat. Antaranya ialah kejadian kecurian indentiti. Ia merupakan jenayah yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu di mana mereka mencuri data peribadi dan kemudian membuat pembelian dengan menggunakan nama orang lain. Penjenayah terbabit mungkin memohon dan menerima kad kredit atas nama orang lain, atau menipu identiti dengan menyakinkan penjual dalam talian bahawa dia adalah pemilik sebenar sesuatu data. Penjual tersebut akan menjual produk itu dan kos dikenakan kepada orang lain.



Dalam Internet, terdapat beberapa kegiatan tidak sihat. Antaranya ialah kejadian kecurian indentiti. Ia merupakan jenayah yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu di mana mereka mencuri data peribadi dan kemudian membuat pembelian dengan menggunakan nama orang lain. Penjenayah terbabit mungkin memohon dan menerima kad kredit atas nama orang lain, atau menipu identiti dengan menyakinkan penjual dalam talian bahawa dia adalah pemilik sebenar sesuatu data. Penjual tersebut akan menjual produk itu dan kos dikenakan kepada orang lain.

Kejadian sebegini akan menyusahkan anda yang terbabit dan bakal memusnahkan nama baik, rekod kad kredit yang baik dan menyebabkan anda menghadapi masalah kewangan yang tidak sepatutnya. Kita faham bahawa kejadian kecurian data peribadi bukan sahaja terjadi dalam ruang siber, malah dalam kehidupan sebenarpun kejadian ini berlaku.

Di sini digariskan beberapa aktiviti anda dalam talian dengan menggunakan Internet yang boleh menyebabkan data-data peribadi anda dicuri. Semoga ia menjadi panduan dan diharapkan berhati-hati mendedahkan maklumat penting semasa melaksanakan urusan melalui Internet. Namun begitu, bukanlah Internet itu tidak boleh dipercayai langsung dan aktiviti pembelian serta perdagangan elektronik (e-dagang) tidak dapat dilaksanakan. Sudah terdapat beberapa penyelesaian keselamatan yang digunakan oleh banyak pedagang elektronik. Pastikan setiap laman web e-dagang mengemukakan ciri keselamatan terkini sebelum anda membuat pembelian. Jika tidak yakin, sila hubungi pengendali laman web, dan dapatkan kepastian dari meraka.

Pembelian dalam talian

Jika pelayan di restoran boleh mencuri nombor kad kredit anda semasa menyiapkan sesuatu pesanan, demikian juga orang yang tidak bertanggungjawab dalam Internet yang dinamakan cracker boleh mencuri kad kredit daripada laman web yang tidak selamat. Hadkan pembelian dalam talian anda hanya dari laman web yang menggunakan piawai keselamatan terkini, seperti penggunaan SSL (Secure Socket Layer), iVEST dan tandatangan digital. Laman web yang menggunakan SSL boleh dilihat berbentuk begini: https://www. (seperti perkhidmatan dalam talian JARING di https://www.online.jaring.my/). Sementara iVEST adalah produk tempatan terkini (http://www.ivest.com.my/) dan tandatangan digital pula adalah penyelesaian seperti mana yang dikemukakan oleh Digicert Sdn Bhd (http://www.digicert.com.my/).

Borang pendaftaran

Penjenayah juga dapat mengenali anda dengan menyediakan laman web berbentuk peraduan, menawarkan sampel percuma, atau pendaftaran bagi dimasukkan dalam senarai mel. Sebaik sahaja anda mengisi data-data peribadi dalam borang dalam talian yang disediakan, mereka akan mempunyai maklumat mengenai diri anda. Tidak mengejutkan bahawa ramai orang tidak mengisikan borang secara jujur, dan menipu dalam memberikan nombor telefon. Jika anda was-was, jangan isikan semuanya dengan maklumat benar mengenai diri anda. Sedikit penipuan mungkin dapat menyelamatkan diri dari digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selalunya keperluan mengisi borang ini juga diperlukan oleh laman web yang menyediakan perkhidmatan percuma.

Penjejakan dengan menggunakan cookies

Cookies merupakan peralatan yang digunakan oleh laman web bagi mengesan pergerakan Internet anda dalam laman web mereka. Dengan merekodkan apakah maklumat yang anda minati dan apakah yang anda beli, pedagang akan mula mengenali diri anda dan minat pembelian. Wujud implikasi baik dan buruk dari cookies ini. Dalam satu keadaan, pedagang akan mengetahui apa jenis iklan untuk dipaparkan dan pilihan produk manakah bagi ditawarkan kepada anda.

Jika anda membaca rencana mengenai kecantikan serta penjagaan diri, laman akan memaparkan iklan pemidang dari penjual produk dan penyedia perkhidmatan penjagaan diri. Mereka tidak bazirkan masa anda dengan lain-lain iklan yang tidak anda minati. Kebaikan di sini ialah anda akan dapat mencari maklumat yang diminati dengan pantas. Dalam satu sudut yang lain, privasi anda telah diceroboh. Seseorang telah mengetahui sesuatu mengenai diri anda, walhal anda tidak menginginkan demikian.

Pedagang yang menjual maklumat peribadi anda

Adakah anda mendedahkan maklumat peribadi kepada laman yang menawarkan produk atau perisian percuma? Pemberian maklumat ini boleh diterima sekiranya mereka berjanji tidak akan jualkan maklumat anda kepada pihak lain secara wewenangnya. Sebelum mengisi borang dalam talian, pastikan anda membaca 'disclaimers' atau pernyataan penyangkalan dari penyedia laman web tersebut. Jika mereka tidak mempunyai pernyataan ini, dinasihatkan jangan mengisi borang yang disediakan walaupun tawaran dirasakan sangat menarik dan berguna kepada diri anda. Selalunya jika pihak penyedia laman web benar-benar ingin berurusan secara telus, pernyataan penafian ini disertakan.

20 Mei 2008